dan salam sejahtera semua!!hmm...sy post 2 bab sekali..bonus utk hari pekerja esok n smpena PBAKL...hehe..jgn lupa temu janji kita esok ya di PBAKL!! sy akan berada di sana bermula jam 11 hingga 1230.nak datang petang pun inshaa Allah sy masih berada di sana...lokasi?? of course booth KN di aras 2, bilik mawar. see u there guyss!!!
Bab 30
Puan Sofia menjenguk ke ruang tamu. Masih terang. Faiz
masih di situ. Televisyen terpasang. Tapi dia dapat lihat, tumpuan Faiz tak di
situ. Masakan tengok berita dunia boleh senyum-senyum. Ini mesti ada sesuatu.
Mesti diselidik.
“Faiz, tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni?” Puan Sofia
merapikan rambutnya. Dia duduk bersebelahan Faiz.
“Belum mengantuklah mama. Mama pun tak tidur lagi ke?”
Dia memaut bahu emaknya. Memandang wanita itu dengan senyuman meleret.
“Mama dah tidur tadi. Terjaga pula. Ni, tersenyum-senyum
dari tadi ni kenapa? Ada berita lucu ke?” Pandangan dialih ke arah peti
televisyen. Berita mengenai peperangan. Tak lucu pun.
“Taklah ma. Ermm…” Ada sesuatu yang nak diberitahu.
Berita gembira. Pasti mamanya suka.
“Ada apa ni? Boleh mama tahu?” Lain macam saja senyuman
anak tunggalnya ini. Dilamun cinta?
“Mama…Faiz ada benda nak bagitahu mama ni.” Faiz
membetulkan duduknya. Kini dia menghadap mamanya. Puan Sofia berkerut dahi.
“Apa dia?” Tak sabar pula dia nak tahu. Harap-harap
berita gembira.
“Ermm…” Tak tahu macam mana nak mulakan. Dia malu.
Maklumlah kali pertama. Sebelum ini dia tak pernah ceritakan apa-apa yang
peribadi kepada mamanya.
“Cerita sajalah. Buat mama suspense je.” Macam dah boleh agak aje. Puan Sofia mula ukir
senyum.
“Faiz nak minta tolong mama pergi…ermm…pergi…” Ish,
susah juga. Macam mana nak bagitahu ni. Tenang Faiz, tenang. Kau kena cepat.
Nanti tak pasal-pasal Ika jatuh ke tangan orang lain.
“Pergi mana? Masuk meminang?” Serkap Puan Sofia. Kalau
yang tu, bila-bila masa pun boleh. Dah lama dia tunggu saat tu.
Faiz angguk. Macam mana mamanya boleh baca fikirannya?
Hebat betul.
“Betul ni? Faiz tak main-main?” Hilang terus rasa
mengantuk. Alhamudlillah. Akhirnya. Dia gembira. Bergenang air matanya. Dahi
anaknya dikucup penuh kasih.
Sekali lagi Faiz angguk. Dia senyum malu tapi dia senang
bila lihat mamanya begitu gembira.
“Bila?” Seakan tak sabar-sabar. Gembiranya bukan
kepalang.
“Belum confirm
lagi tarikhnya. Nanti Faiz bagitahu mama.” Senyum masih tak lekang. Mamanya
juga.
“Mama gembira sangat. Alhamdulillah, termakbul juga doa
mama. Siapa gadis bertuah tu?” Mahu juga dia tahu siapa gadis yang telah
berjaya menawan hati anak terunanya ini. Pasti seseorang yang sangat istimewa.
“Kawan Faiz masa di universiti dulu. Siti Zulaikha
namanya.” Bercahaya matanya bila menyebut nama gadis manis itu. Sungguh dia
dilamun cinta.
“Siti Zulaikha. Sedap nama tu. Mesti tuannya pun
secantik namanya. Tapi mama tak kisah, cantik ke tak cantik ke, yang penting
Faiz suka dan yang paling penting sekali hatinya baik. Tapi mama yakin, anak
mama pandai memilih.” Pipi anaknya disentuh lembut. Senang melihat anaknya
bahagia begini.
“Dia memang baik mama.” Kelembutan wajah milik si
jantung hati menari-nari di depan mata. Senyuman itu, lirik mata itu, dia tak
perlukan yang lain.
“Baguslah kalau macam tu. Tak sabar mama nak jumpa bakal
menantu mama.” Puan Sofia menyeka air mata yang menitis. Dia bahagia. Sangat
bahagia. Baru dia sedar, anaknya sudah dewasa. Sudah layak untuk membina
keluarga sendiri. Hilang segala rasa perit membesarkan anaknya sendirian. Dia
sudah lupa semua itu.
>>
Tarikh sudah ditetapkan. Persiapan juga sudah disediakan
sedikit sebanyak. Hanya majlis merisik. Tak perlu berlebihan. Tak ada jemputan
luar. Cuma keluarga terdekat. Cukuplah sekadar meraikan. Yang penting
keberkatan dan semua yang dirancang berjalan lancar.
“Alhamdulillah. Bila keluarga sana nak datang?” Ceria
suara ibunya saat disampaikan berita itu. Pasti ibunya gembira bukan kepalang.
Maklumlah nak terima menantu lagi.
“Minggu depan bu. Tak payah buat besar-besar. Merisik
saja.” Ika membelek majalah Wanita yang baru dibelinya. Manalah tahu ada tips
yang boleh diguna. Nak pakai baju apa ya?
“Senang ibu dengar. Ya lah, awak tu bukannya muda lagi.
Si Chu tu pun dah dua kali naik pelamin. Dengar katanya dah berisi.” Kak Chu,
sepupunya yang sudah berkahwin buat kali kedua dengan orang kampung itu juga.
Nasib baik tak jadi dengan mamat bangla yang dia tergila-gilakan dulu. Ibu cakap
suaminya sekarang baik orangnya. Pendiam pun ya. Dia tak berkesempatan lagi nak
tengok. Kebetulan semasa Kak Chu kahwin dia ada kursus.
“Dah berisi? Alhamdulillah. Murah rezeki Kak Chu kan
bu?” Masuk yang ini, dah tiga orang anak Kak Chu. Rezeki. Baguslah.
“Harap-haraplah dia berubah. Anak dah nak masuk tiga.
Kesian ibu tengok mak cik kamu tu. Ke hulu ke hilir minta air penawar. Sayang
sangat dia dekat anak dia tu.” Anak, siapa tak sayang. Selagi boleh
diikhtiarkan, selagi itulah mesti berusaha.
Kesian mak cik Senah. Sudahlah dia tak sihat, nak kena
jaga cucu-cucu lagi. Sekarang tambah lagi dengan keadaan Kak Chu yang berbadan
dua. Mesti lagi penat dia menguruskan semuanya. Nasib manusia, manalah tahu
lepas ini nasib ibu saudaranya itu akan berubah.
Ika menutup majalah yang dibacanya tadi. Masih banyak
kerja yang perlu diselesaikan. Majlis hanya tinggal beberapa hari lagi. Kalau
diikutkan hatinya, dia mahu buat hujung bulan ini. Tak adalah kelam-kabut
sangat nak buat persiapan. Tapi Faiz tak nak tangguh lama-lama lagi. Hujung
minggu ini juga dia nak datang. Katanya, tak boleh nak tunggu lagi. Kalau boleh
nak terus nikah saja. Faiz…Faiz. Ada-ada saja.
Esok dia mahu pergi melawat Syarifah. Dah dua hari kawan
baiknya itu bersalin. Dia masih tak pergi melawat. Banyak kerja. Ditambah lagi
dengan majlis yang tiba-tiba ini. Pening kepala nak menguruskannya.
Tiba-tiba Ika teringatkan sesuatu. Dia menghampiri meja
kerjanya. Mencari sesuatu di dalam laci. Buku nota kecil dikeluarkan. Buku nota
yang sudah menemaninya sejak bertahun dulu. Ada sesuatu di dalamnya. Tak ada
siapa tahu kecuali dirinya. Lama dia tatap buku comel itu. Satu-persatu
dibelek. Jari-jemarinya terhenti pada satu muka surat yang diconteng dengan pen
berwarna-warni.
Khairul Hilmi dan Siti
Zulaikha.
Berulang kali dia membaca tulisannya sendiri. Tulisan
sewaktu di zaman persekolahan. Dah lama. Dakwat pen yang digunakan juga sudah
sedikit pudar. Tapi dia masih dapat baca tulisan itu dengan jelas. Walau hilang
sekalipun dakwat itu, dia masih tetap dapat baca sebab perkataan itu sudah
sebati dalam jiwanya. Masuk kali ini, sudah beribu kali dia membacanya. Tapi
mungkinkah kali ini kali yang terakhir dia menatap tulisan itu?
Seorang gadis pemalu yang sering menundukkan wajah dan
seorang lelaki berkarisma yang sentiasa membuatkan pelajar lain memandangnya
setiap kali bertembung. Apa yang telah difikirkannya sehingga dia boleh
membayangkan percintaan di antara keduanya?
“Kalau ya pun dia
syok kat aku, lantaklah. Aku nak buat macam mana. Kalau setakat perempuan macam
tu, aku tak hairan. Walaupun tak ada perempuan lain dalam dunia ni, belum tentu
aku akan pilih dia, tau?”
Sekali lagi kata-kata pedih itu terngiang di telinganya.
Sakitnya hati. Tapi kenapa sakit hati itu boleh hilang dalam sekelip mata?
Sungguh dia tak mengerti. Mata dipejam. Setitis air jernih menuruni pipinya.
Mewakili rasa hatinya. Mata dibuka kembali.
Pantas tangannya mengoyak muka surat itu. Sehelai kertas
dengan tulisan berwarna-warni berada di tangannya kini. Sudah tercerai dari
tempat asalnya. Ika tak mahu fikir panjang lagi. Sehelai kertas itu direnyuk
sekuatnya lantas terus dicampak ke dalam tong sampah.
“Awak tak perlu buat pilihan pun. Haluan kita berbeza.
Awak sudah punya pilihan sendiri dan saya juga punya pilihan sendiri. Semoga kita
bahagia bersama pilihan masing-masing.”
Terasa lapang dadanya. Seakan bebanan yang maha berat
sudah terlepas. Buku nota kecil ditutup. Disimpan semula ke tempat asalnya. Tak
mahu ingat lagi. Demi kebahagiaan dirinya. Demi kebahagiaan Faiz yang mencintainya
sepenuh hati. Tak sanggup nak mengecewakan lelaki sebaik itu.
Biarlah dia berkorban. Berkorban perasaan dan jiwa.
Semoga ada bahagia yang menantinya di hujung cerita.
Bab 31
Syarifah terlopong mendengar cerita suaminya. Sungguh
dia tak sangka. Dia simpati. Anak kecil yang berada di pangkuan dikucup penuh
kasih. Tak boleh bayangkan jika dia yang berada dalam situasi itu.
“Tak sangka betulkan bang. Ajal maut, itu semua kerja
Tuhan.” Dia betul-betul bersimpati. Pasti sakit menanggungnya.
“Itulah. Abang pun terkejut juga masa dengar cerita tu. Zul
yang bagitahu. Kesian Hilmi.” Anas mengacah anaknya yang sedang diberikan susu.
Comel. Geram betul dia tengok.
“Anak dia pun kesian juga. Kecil-kecil lagi dah tak ada
ibu.” Sekali lagi Syarifah mengucup anaknya. Memang dia tak boleh bayangkan
jika itu berlaku kepada dirinya.
Syarifah terfikirkan sesuatu. Ika. Pasti kawan baiknya
itu masih tak tahu mengenai hal ini. Haruskah dia menceritakan hal ini kepada
Ika? Apa reaksi wanita itu nanti? Hilmi sudah kehilangan isteri. Maksudnya,
kawannya itu masih ada peluang. Agak keterlaluankah imaginasinya? Tapi dia tahu
perasaan Ika.
“Assalamualaikum.” Wajah ceria Ika terpacul di sebalik
pintu berwarna biru muda. Di tangannya ada cenderahati buat si kecil.
“Waalaikumussalam. Masuklah Ika.” Syarifah sambut mesra
kawan baiknya. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika.
“Comelnya anak saudara mak cik Ika ni. Siapa nama?” Ika
mencuit pipi lembut itu. Geram betul. Comel sangat.
“Tahniah Sya, Anas. Tak sangka betul aku kau orang
berdua dah jadi mama dengan papa.” Bukan setakat tak sangka dah jadi ibu dan
ayah, tapi masih lagi tak sangka yang mereka berdua ini dah jadi suami isteri.
Kalau dulu hari-hari kerjanya bergaduh. Sekarang, hari-hari kerjanya berkasih
sayang. Baguslah.
“Bukan kau saja yang tak percaya. Aku pun tak percaya
lagi ni yang aku pangku anak aku sendiri.” Air matanya bergenang. Syukur. Di
pangkuannya kini adalah zuriatnya. Darah dagingnya.
“Mesti kau gembirakan?” Syarifah menghulurkan anaknya
kepada Ika. Ika teragak-agak mahu ambil tapi naluri wanitanya tak mampu
menolak. Melihatkan wajah anak itu buatkan hatinya tenang. Dia juga mahu anak
secomel ini. Mungkin tak lama lagi.
“Ika, dah ada bakat tu. Bila lagi?” Usik Anas. Ika hanya
tersenyum. Insya Allah. Harap-harap jodohnya panjang.
“Yang, abang keluar dulu ya. Nak pergi solat kejap. Ika,
aku keluar dulu ya.” Kedua-dua wanita itu mengangguk. Senang sikit nak
bercerita. Kalau ada lelaki, agak kekok.
Syarifah ralit memerhatikan Ika bermain dengan anaknya.
Di fikirannya, berita yang baru dikhabarkan tadi asyik berlegar-legar. Dia
pandang wajah Ika yang begitu ceria mengacah anaknya. Perlukah dia memberitahu
wanita ini?
“Kau bila lagi Ika? Takkan tak ada lagi kut?” Ika angkat
muka. Dia senyum segaris. Itu juga tujuannya datang melawat Syarifah hari ini.
Nak berkongsi berita gembira.
“Yang kau senyum ni kenapa? Aku tanya kau. Kalau kau
masih kosong lagi, aku nak kenalkan kau dengan kawan aku.” Sempat lagi. Dia
sekadar bergurau. Dia tahu Ika tak suka dijodohkan.
“Kau ni. Tak habis-habis nak kenalkan aku dengan kawan
kau. Tak payah susah-susah. Aku boleh cari sendiri.”
“Aku nak tolong aje. Ke, kau dah ada yang punya? Saja
tak nak bagitahu aku kan?” Korek Syarifah. Baguslah kalau kawannya ini dah ada
yang punya. Mungkin boleh bantunya lupakan Hilmi.
“Ni aku nak bagitahu kaulah ni.” Berita bahagia,
mestilah dikongsi.
“Hah? Kau biar betul Ika? Siapa orang tu?” Syarifah
teruja. Terlupa yang dia baru sahaja bersalin.
“Ish kau ni. elok-elok sikit. Kau tu baru bersalin.
Nanti tak pasal-pasal kena jahit lagi sekali.” Cuba bagi amaran. Dia sendiri
naik seram. Ketawa Syarifah meledak. Tapi tak lama. Mungkin masih rasa sakit.
“Ah, tak apa. Demi kau aku sanggup. Cepatlah cerita.
Siapa lelaki itu?” Terlupa terus berita mengenai Hilmi.
“Dia kawan aku masa belajar dulu. Kami dah lama kenal.
Dulu masa belajar pun dia pernah nak tackle
aku tapi aku tak nak. Sekarang ni, dia cuba lagi sekali. So, aku pun rasa tak
sanggup nak tolak dia sekali lagi.” Berterus-terang. Ada senyum bahagia yang terukir
di bibirnya. Matanya pun bersinar.
“Sweet. Mesti
dia sayangkan kau sangat-sangatkan. Sampai sanggup tunggu kau macam ni. I’m very happy for you.” Tangan Ika
digenggam kemas. Betul. Dia sangat gembira. Kegembiraan berganda.
“Aku harap macam tulah. Lagipun dia kenal aku sebelum
aku berubah wajah macam ni.” Ika berseloroh. Tapi memang betul pun. Itu sebab
dia yakin yang Faiz ikhlas menerimanya. Bukan sekadar rupa semata.
“Baguslah. Jadi, bila nak langsung?” Tak sabar nak tahu
peringkat seterusnya. Minta-minta tak lama lagi dapatlah dia merasa nasi minyak
Ika.
“Kau ni, tak menyempat. Aku tak fikir lagi yang
seterunya. Cuma hujung minggu ni, family dia nak datang merisik.” Bahagia. Ika
tak dapat sembunyikan rasa hatinya.
“Alhamdulillah. Nampaknya tak lama lagilah tu. Tahniah
ya Ika. Hmm…nanti anak mama ni akan dapat kawan baru.” Usik Syarifah. Dia
teruja.
Tapi dia tahu. Bukan senang Ika nak buat keputusan ini.
Dia juga tahu kenapa dulu Ika menolak cinta lelaki ini. Pasti kerana Hilmi.
Mungkin sekarang dia menerima lelaki itu sebab Hilmi sudah berkahwin. Tak
apalah. Apa pun alasannya, dia senang melihat Ika bahagia. Biarkan saja Ika tak
tahu berita itu. Tak mahu hati kawannya itu berbelah bahagi. Mungkin Hilmi
bukan jodoh yang terbaik buat Siti Zulaikha.
>>
Hilmi menyuakan nasi ke mulutnya. Dikunyah perlahan tapi payah
sekali nak ditelan. Terasa kelat. Walaupun semua lauk yang dihidangkan adalah
kegemarannya, tapi itu masih belum mampu membuka seleranya. Bukan dia tak cuba,
tapi memang tak boleh. Lima hari pemergian isterinya, lima hari juga seleranya
mati.
“Makanlah banyak sikit Mi. Dah lima hari Mi tak makan.
Nanti Mi sakit, kan susah.” Puan Zalina mengeluh kecil. Dia tak betah melihat
keadaan anaknya begitu.
“Mi tak ada selera ma. Mi naik dulu.” Tak boleh nak
dipaksa lagi. Semuanya rasa tersekat di kerongkong. Tangan dibasuh dan dia
terus melarikan diri ke biliknya. Itulah keadaan dirinya selama lima hari ini. Makan
sesuap dua, terus lari semula ke bilik.
“Mi…” Panggilan mamanya tak diendahkan. Langkah diatur
lemah mendaki tangga ke biliknya.
Pintu bilik ditutup rapat. Keadaan bilik tak tersusun.
Langsir juga tak diselak. Gelap. Hilmi melabuhkan duduk di atas katil. Ada
gambar Nur Jannah di situ. Dicapai dan direnung lama. Senyuman manis yang
sangat dirindu.
Gambar itu diletakkan kembali. Dia melangkah menuju ke
almari pakaian. Daun pintu almari berwarna coklat itu dibuka. Tersusun kemas
pakaian milik arwah. Masih belum diusik. Biarkan di situ saja. Dicapai sehelai.
Dipeluk erat. Dicium penuh syahdu. Wangiannya masih sama. Air matanya mengalir
lagi. Murahnya harga air matanya sekarang ini.
Dia beredar pula ke meja solek. Barang-barang milik
arwah masih lagi ada di tempatnya. Botol minyak wangi berwarna merah jambu
dicapai. Hadiah daripadanya beberapa bulan lepas. Arwah gembira sangat. Setiap
hari dia pakai walaupun minyak wangi yang sebelum ini masih banyak.
Laci ditarik. Selama lima hari pemergian arwah, sekali
pun dia tak usik barang-barang di situ. Entah kenapa hari ini dia mahu pegang
dan peluk semuanya. Tak banyak barang di situ. Cuma ada sebentuk cincin dan
sebuah buku. Dia tahu itu adalah diari arwah. Sekalipun dia tak pernah baca. Tapi
sekarang rasanya tak salah untuk dia baca.
Diari berwarna merah itu dibawa ke katil. Dibuka dan ada
sekeping gambar perkahwinan mereka di situ. Hilmi ukir senyum. Terbayang saat
bahagianya. Waktu itu, dirasakan dialah lelaki paling bahagia kerana dapat
memiliki Nur Jannah. Helaian dibelek lagi. Senyum terukir lagi. Di setiap
penghujung hari, ada satu ayat khas buat dirinya.
‘I love you abang.
More and more…’
Tak berniat nak
membaca semuanya. Hanya hari-hari yang dirasakan penting sahaja. Tapi rasanya
setiap hari pun dirasakan hari yang penting.
‘It’s positive.
I’m pregnant! So happy but of course abang is the most happiest person right
now. Thanks abang. I love you. More and more…’
Air matanya menitis lagi. Ya, memang dia adalah insan
paling bahagia saat itu. Memang itu yang mereka impikan selama ini.
‘Genap tujuh
bulan. Apa khabar hero mama? Papa and mama can’t wait to see you. We love you.
I love you abang. More and more…’
Hilmi seka air mata. Abang pun sayangkan sayang.
‘Lapan bulan.
Tinggal sebulan lebih lagi. Macam mana agaknya rupa hero mama ya? Harap kita
sempat bertemu. Mama love you, honey. Sayang papa juga.’
Hilmi tutup diari merah itu. Tak sanggup rasanya nak
baca lagi. Cukuplah setakat itu. Hancur luluh hatinya. Dia menangis semahunya.
Sesaknya dada. Dia tunduk memandang lantai. Kabur pandangannya dek ditutup oleh
air mata tapi dia masih dapat menangkap sesuatu di situ.
Kertas berwarna putih yang dilipat cantik itu dikutip.
Wangi baunya. Di depannya ada tertulis,
‘Buat abang tersayang’
Dia kenal tulisan tangan itu. Milik Nur Jannah. Lipatan kertas
dibuka. Tulisan berdakwat hitam menarik perhatiannya. Ia juga milik Nur Jannah.
Kemas dan cantik. Satu persatu dibaca.
Abang…
Mungkin sewaktu
abang baca surat ini sayang dah tak bersama abang lagi. Bukan sayang minta tapi
hati ini macam dapat rasakan sesuatu. Tapi tak apa, anak kita ada kan? Cuba
abang tengok anak kita, ikut muka siapa? Abang ke sayang? Harap-harap muka
sayangkan?
Abang…
Sayang harap abang
jagalah anak kita baik-baik. Dia mungkin tak sempat nak tengok muka ibunya tapi
abang bertanggungjawab memperkenalkan ibunya kepada dia nanti. Dia satu-satunya
harta yang mampu sayang tinggalkan untuk abang. Jangan abaikan dia. Dia
perlukan abang. Sayangi dia sebagaimana abang sayangkan sayang. Ini saja yang
sayang minta daripada abang.
Abang…
Sayang nak abang
tahu yang sayang sangat cintakan abang. Hingga ke akhirnya. Mungkin jodoh kita
tak panjang tapi kita masih boleh jumpa dan bersatu di syurga nantikan? Jangan
terlalu bersedih. Kalau abang cintakan sayang, abang mesti tabah. Kuatkan
semangat. Mesti hidup dengan bahagia, demi sayang. Dan kalau abang nak cari
pengganti sayang, sayang tak kisah. Langsung tak kisah. Sekurang-kurangnya baby
kita nanti ada ibu.
Sampai di sini
dulu. Rasanya anak kita dah tak sabar nak keluar ni. I love you abang. More and
more.
Yang
menyayangimu selamanya
Nur
Jannah
Hilmi seakan tak dapat bernafas. Helaian kertas itu
sudah terbang ke lantai. Betulkah apa yang dibacanya? Surat yang ditulis oleh
Nur Jannah. Sehari sebelum pemergiannya. Permainan apa yang sedang berlaku ini?
Ya Allah, bantu hamba-Mu. Aku tak kuat.
No comments:
Post a Comment