Bab 29
Ketukan di pintu sedikit mengganggu konsentrasinya.
Hasil kerja pelajar bersusun di atas meja. Semuanya perlu disemak dan dinilai.
“Masuk.” Matanya masih lagi setia pada kertas. Pen merah
diketuk-ketuk ke meja. Dahinya berkerut.
“Maaf mengganggu Cik Zulaikha. Saya nak hantar
assignment ni.” Seorang gadis berdiri di hadapannya. Air mukanya tak ceria.
Matanya sedikit bengkak.
“Kenapa lambat submit?
Bila due date?” Ika tak senang. Dia
agak tegas bila berkaitan dengan soal tugasan. Banyak markah yang pelajar boleh
dapat melaluinya.
“Maaf cik. Tapi saya terpaksa. Saya tahu tarikhnya
semalam tapi saya memang tak dapat hantar semalam.” Gadis itu sedaya upaya
mempertahankan dirinya. Dia betul-betul tak sengaja.
“Apa-apa pun alasannya, awak tetap lewat. Saya terpaksa
tolak markah.” Tegas. Dia pandang wajah pelajarnya. Jelas kecewa. Dia tak dapat
nak tolong. Memang itu peraturannya.
“Tak apalah cik. Terima kasih cik.” Gadis itu pasrah.
Tapi wajahnya betul-betul nampak kecewa dan sedih.
“Zaza, kenapa awak hantar lambat? Tak siap?” Entah
kenapa dia rasa nak tahu. Wajah pelajarnya ini nampak lain macam. Macam ada
sesuatu yang tak kena. Agak mustahil kalau Zaza tak siapkan tugasan sebab tak
pernah gadis ini lambat hantar tugasan. Ujian pun tak pernah mengecewakan. Dia
salah seorang pelajar yang bagus.
“Saya ada masalah sikit cik tapi bukan sebab tak siap.”
Seakan berahsia. Zaza tunduk. Cuba mengawal perasaannya.
“Masalah apa? Boleh saya tahu?” Lain macam sahaja. Apa
masalah sebenarnya? Kerjanya tergendala sebentar.
Zaza tak segera menjawab. Mungkin masih berkira-kira
mahu memberitahu atau tidak. Tapi Ika nampak pelajar yang sejak tadi hanya
menundukkan wajah mengesat air matanya. Apa yang dah berlaku?
“Zaza, are you ok?”
Ika serba salah. Salahkah dia bertanya?
“I’m ok…kakak
ipar saya baru meninggal semalam.” Zaza mengeluarkan tisu. Mengesat air matanya
yang masih mengalir. Malu tapi dia tak dapat nak tahan.
“Oh, I’m sorry.”
Ika terdiam seketika. Patutlah wajahnya nampak sangat sedih.
“Tak apa cik.” Zaza cuba senyum. Tak mahu pensyarahnya
rasa serba salah.
“Arwah sakit apa?” Masih mahu bertanya. Entah kenapa dia
rasa mahu tahu sangat.
“Arwah tak sakit. Dia terjatuh.”
“Jatuh?” Ika tak faham. Jatuh sampai meninggal? Jatuh di
mana?
“Arwah kakak ipar saya mengandung. So, dia alami pendarahan teruk.” Bergetar suara Zaza. Terbayang
akan sekujur tubuh yang dibawa keluar dari bilik bersalin. Segera dimatikan
bayangan.
“Oh ya ke? Kesiannya. Jadi anak dia macam mana?”
Ketentuan Tuhan. Siapa yang menjangka.
“Alhamdulillah. Anak selamat.” Zaza ukir sedikit
senyuman. Wajah kecil itu bermain di matanya. Sayu hati melihatnya. Lahir ke
dunia tanpa sempat melihat wajah ibunya. Harap bayi itu menjadi seorang yang
tabah.
“Alhamdulillah. Harap awak sekeluarga tabah. Kirimkan
salam takziah buat keluarga awak ya.” Ika turut sama merasa kesedihan. Tak
boleh dibayangkan jika perkara itu terjadi kepada dirinya. Minta dijauhkan.
“Insya Allah Cik Zulaikha. Saya minta diri dulu.” Ika
sekadar mengangguk. Zaza berlalu keluar.
Ika termenung seketika. Terlupa pada kertas-kertas
tugasan pelajar yang perlu disiapkan. Kasihan pada anak yang baru nak mengenal
dunia. Tak sempat nak minum susu ibu. Tak sempat nak tidur dalam pangkuan ibu.
Tak sempat nak rasa hangatnya kucupan ibu. Baru lahir pun sudah diuji dengan
dugaan seberat itu.
Tiba-tiba dia teringat akan Syarifah yang sedang
menunggu hari untuk melahirkan bayinya. Doanya agar sahabatnya itu dijauhkan
daripada sebarang malapetaka. Biarlah semuanya berjalan lancar.
Ika tarik nafas dalam. Kembali ke alam nyata. Pen merah
dicapai kembali. Cuba meletakkan fokus pada tugasan pelajar. Beberapa minit
kemudian fokusnya kembali terganggu. Telefon yang berdering nyaring dicapai.
Syarifah. Panjang umur. Segera dijawab. Berdebar pula hatinya.
“Assalamualaikum makcik.” Lega sedikit hatinya bila
mendengar suara ceria Syarifah. Tak ada apa-apalah tu maksudnya.
“Waalaikumussalam nek. Kau sihat ke ni?” Sebelah tangan
memegang telefon. Sebelah lagi memegang pen. Selagi dia boleh fokus.
“Sihat. Cuma sekarang ni aku kat hospital.”
“Hah? Kat hospital? Kenapa? Kau dah bersalin ke?” Kali
ini dia betul-betul hilang fokus. Sedikit teruja.
“Belum lagi. Anak aku ni tak nak keluar lagi. Dia nak
tunggu makcik Ika dia datang dulu.” Sempat lagi buat berseloroh dalam
keadaannya yang sedang menahan sakit.
“Oh, ingatkan aku dah dapat anak saudara baru. Makcik
Ika sibuklah sayang. Nanti sayang dah keluar, makcik Ika datang ya?” Ika
ketawa. Lucu pula bila membahasakan diri mak cik. Tua sangat rasanya.
“Kau memang. Tak sayang aku. Adoi…” Tiba-tiba Syarifah
mengaduh. Makin kerap pula hari ini. Mungkin dah tak lama lagi.
“Kau kenapa? Dah nak bersalin ke?” Cemas. Mengalahkan
orang yang nak bersalin.
“Belumlah. Biasalah rasa sakit macam ni. Nanti kau
rasalah macam mana.” Usik Syarifah. Entah bila dia dapat lihat perut kawannya
itu pula yang berisi. Harap-harap Ika cepat-cepat bertemu jodoh.
“Insya Allah.” Ika jawab dalam senyuman yang mengulum.
Siapa yang tak nak.
“Hai, lain macam aje bunyinya tu. Dah ada yang berkenan
di hati ke? Sampai hati kau tak cerita kat aku ya?”
“Mana ada. Pandai-pandai aje kau ni. Dahlah, aku banyak
kerja ni. Nanti ada masa aku datang lawat kau. Kalau baby dah keluar,
cepat-cepat bagitahu aku tau.” Tak boleh berborak lama-lama dengan Syarifah ni.
Bahaya sikit. Tak pasal-pasal terbocor rahsia pula nanti. Tapi, ada rahsia ke?
Entahlah.
“Yalah. Kau tu janganlah asyik fikir pasal kerja saja
memanjang. Pergilah jalan-jalan cari jodoh juga.” Meledak ketawanya. Kalau dah
namanya Syarifah, dalam sakit begitu pun sempat lagi menyakat orang.
“Ada juga yang terberanak nanti. Oklah, jaga diri.
Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Ika geleng kepala. Bilalah kawannya itu
nak berubah. Dah nak jadi emak pun perangai masih lagi sama macam budak sekolah.
Suka hati kau lah Pah, asalkan kau bahagia.
>>
Ika tersenyum sendiri. Akhir-akhir ini, kerap benar dia
berkeadaan begitu. Senyum sambil berangan. Kronik betul angaunya.
“Rindu nak dengar suara orang di sana.” Terngiang suara
lembut Faiz apabila ditanya niat lelaki itu menghubunginya. Senyumnya makin
mekar.
“Habis tu, kita bila lagi?”
“Bila lagi apa?” Buat-buat tak faham walaupun sebenarnya
memang dia betul-betul faham. Perempuan melayulah katakan. Malu-malu kucing.
“Bila lagi nak jadi macam Syarifahlah.” Terus-terang.
Ika tersipu malu. Soalan spontan daripada Faiz apabila diberitahu yang Syarifah
sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
“Ermm…awak dah makan ke?” Cepat dia ubah topik. Awak
tahu tak saya ni pemalu? Janganlah tanya macam tu.
“Ish, dia ubah tajuk pula. Orang serius ni.” Faiz
betul-betul serius. Dah lama dia nak tanya. Dia tak mahu tangguh lagi. Dah lama
dia tunggu. Tak mahu Ika jatuh ke tangan lelaki lain.
Merah pipinya. Bergetar tubuhnya. Adakah Faiz sedang
melamarnya? Adakah dia sedang dilamar? Dia tak bermimpikan? Dia sedang
berhadapan dengan kenyataankan?
“Siti Zulaikha…” Lembut betul Faiz seru namanya.
Bergetar jantung. Rasa seperti dibuai-buai. Panggillah lagi.
“Siti Zulaikha…awak masih tak tidurkan?”
‘Saya memang dah rasa nak tidur bila awak panggil nama
saya macam tu.’
“Belum. Awak tanya apa tadi ya?” Dah tahu pun buat-buat
tanya lagi. Nak tutup malulah tu.
“Will you marry me?”
Sudah! Terbeliak mata Ika. Dia yang mengigau ke atau
Faiz yang bermimpi? Dia salah dengar? Rasanya macam tak.
“Apa awak cakap?”
“Saya suruh mak saya hantar rombongan meminang awak
boleh?” Sekali lagi Ika melopong. Dia lirik jam di dinding. Masih awal. Tak
mungkin Faiz sedang mengigau. Matanya pun tak mengantuk lagi. Baru pukul
sembilan malam. Faiz ni serius ke main-main?
“Awak ok ke tak ni?”
“Sangat ok. Saya serius Ika. Rasanya awak tak
membantahkan?” Harap-harap Ika pun mahukan apa yang dia mahu. Dia mahukan Ika
dan harap Ika juga mahukan dirinya.
“Saya kena bincang dengan mak ayah saya dulu.” Adakah itu
tandanya setuju? Adakah itu tandanya tiada bantahan daripada pihaknya? Adakah
itu tandanya dia dengan rela hati menerima lamaran Faiz? Oh, Ika.
“Saya anggap jawapan itu sebagai tanda Ika setuju.” Rasa
mahu melompat. Lamarannya diterima. Tak sia-sia dia tunggu Ika lama-lama.
Ika geleng kepala. Dia tutup mukanya dengan bantal.
Malunya. Tak tahu kenapa semudah itu dia setuju dengan lamaran Faiz. Mungkin
sebab dia memang betul-betul sukakan Faiz. Atau mungkin sebab dia dah gatal nak
kahwin? Tak kut.
Atau mungkin dia rasa itu saja caranya untuk dia
melupakan terus Khairul Hilmi. Jawapan yang dia sendiri patut tentukan. Tepuk
dada tanya hati. Semuanya ada di situ.
Tapi apa-apa pun, dia dah terima lamaran Faiz. Tak
pernah disangka yang dia akan bersama dengan lelaki itu. Jodoh, siapa yang
boleh menolak.
promo lagi..hehehehehhe....hmm...mesti dah ade yg pegi cuci mata..cuci beg duit kat pesta buku kan???hehehehe...tapi yg da pegi tu...datanglah lagi nnt...datangla lepak2 ngan saye..xbeli pun takper..datang borak2 jer..haha...(buang masa!)...lagipun 1/5 kan cuti hari pekerja...meh ler temankan saya bekerja kat pesta buku nnt...da la sorg2..sob3..
harap2 tak keseorangan di sana...see u there kawan2!!!
muaahhhhhhsssssss!!!
No comments:
Post a Comment