2012-05-21

jangan merajuk sayang 13


okes...hampir terlupa nak post hari ni..hehe...semoga terhibur dan sudi2 lah mengomen sikit yek..hehe
enjoyzzz!!!!

Siti Fatimah menyibukkan diri menyiapkan kerja-kerjanya. Kejadian yang berlaku semalam cuba dilupa seboleh mungkin. Kalau boleh tak nak ingat langsung. Anggap saja dia masih lagi Siti Fatimah yang dulu. Yang solo dan tak terikat dengan sesiapa pun. Siap menulis buku rekod pengajaran, dia beralih pula kepada buku-buku pelajar yang perlu disemak.

“Sibuk nampak Siti? Tak nak pergi makan ke?”  Seperti biasa, Kak Akma memang ringan mulut untuk menegur dan bertanya itu dan ini.

“Malaslah kak. Tak rasa lapar. Lagipun banyak kerja nak kena siapkan.” Tumpuannya masih lagi kepada latihan pelajar yang perlu dia periksa. Macam-macam jawapan mengarut yang timbul. Geram sungguh. Lain yang diajar, lain yang dijawab. Ini baru latihan dalam kelas. Kalau jawab ujian, tak tahulah macam mana mereka jawab. Boleh naik darah tinggi cikgunya.

“Eh, cantik cincin. Ada apa-apa ke?” Serta-merta tangannya yang sedang memeriksa buku pelajar terhenti. Cincin. Berlian yang berkilauan di jari manisnya menarik perhatian. Alamak, macam mana pula dia terlupa nak tanggalkan cincin ni? Habislah.

“Err...tak adalah kak. Saya beli sendiri.” Cuba menyembunyikan cincin yang menghiasi jarinya. Nak tanggalkan nampak sangat macam nak sembunyikan sesuatu.

“Beli sendiri? Boleh percaya ke ni? Cantik. Macam cincin tunang. Siti dah bertunang ya?” Serkap Kak Akma. Tak semena-mena peluh memercik di dahinya. Apa lagi alasan yang dia boleh beri?

“Ada apa ni? Siap berbisik-bisik lagi. Macam ada rahsia besar saja.” Aduh, satu lagi bala. Tak sah kalau tak datang ke sini. Siti Fatimah makin tak senang duduk.

“Tak ada apalah Firdaus. Akak tengok cincin si Siti ni. Cantik.” Firdaus nak tengok juga. Terjenguk-jenguk jari Siti Fatimah yang cuba disembunyikan. Cincin apa?

“Kenapa ada cincin?” Firdaus tak puas hati. Dia masih tak dapat nak tengok cincin di jari Siti Fatimah. Harap-harap tak seperti yang dia sangkakan.

“Cincin biasa saja. Tak ada apa-apalah. Lagipun kalau saya dah bertunang ke, kahwin ke, takkanlah saya nak sorok.” Siti Fatimah mula rimas. Tak suka dirinya disiasat begitu. Dahlah dia masih lagi serabut dengan hal Ryzal. Tolong jangan nak tambah masalahnya lagi. Nanti tak pasal-pasal ada singa betina mengaum.

“Ya tak ya jugakan?” Kak Akma sebenarnya masih tak puas hati dengan jawapan Siti Fatimah tapi dia terpaksa cakap begitu sebab tak nak menyusahkan Siti Fatimah. lagipun Firdaus ada di situ. Mungkin Siti Fatimah tak selesa.

“Saya nak masuk kelas dulu.” Buku Matematik dicapai. cepat-cepat dia keluarkan diri dari situ. Malas nak melayan soalan-soalan yang hanya akan menjerat dirinya sendiri.

“Cantik ke cincinnya kak?” Firdaus masih tak puas hati. Dia nak tengok sendiri.

“Tak adalah. Cincin biasa saja. Tak ada apa-apalah Firdaus. Tak payah risau.” Kak Akma cuba membetulkan keadaan walaupun dia tahu Firdaus mesti tak puas hati.

>> 

Siti Fatimah kelihatan tak bermaya. Mungkin penat majlis semalam masih terasa. Perlahan-lahan Bob merapati sahabat baiknya itu. Memang simpati dengan nasib rakannya ini. Orang baik memang selalu kena uji. Sabarlah Siti Fatimah. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“Kau ok ke ni?” Dia sedia mendengar luahan hati Siti Fatimah. Tempahan tu nanti pun boleh buat.
Siti Fatimah tak menjawab. Sejak dia dapat tahu yang dia perlu berkahwin dengan Ryzal, dia dah tak ok. Otak macam dah tak boleh berfikir. Semuanya jadi kucar-kacir. Dia rasa terseksa sangat-sangat. Semua benda yang dia buat rasa serba tak kena. Nasib baik tadi tak kantoi dengan cikgu-cikgu di sekolah.

“Bob, kau tahu tak siapa Ryzal tu sebenarnya?” Baru kedengaran suaranya.

“Siapa dia?” Artis? Tak pernah pula dengar nama tu. Ahli politik? Entah, dia tak berapa kenal dengan orang-orang macam tu. Kalau perdana menteri dia kenallah.

“Mohd Ryzal Syahmi Bin Datuk Haji Azizan.” Satu persatu nama itu disebut. Dia pun baru tahu semalam. Bakal mentuanya bukan calang-calang orang. Mampukah dia?

“Datuk? Bertuahnya kau nyah. Tak sia-sia kau terima lamaran dia.” Melopong Bob dengar. Siti Fatimah bakal jadi menantu datuk. Siapa yang tak nak.

“Bertuahlah sangat. Aku tak pandanglah semua tu. Perangai dia tu lagi teruk dari penyangak tau. Tension aku.” Boleh pula Ryzal pergi bagitahu anak saudaranya yang dia menangis sebab nak kena tinggal? Habis dia kena perli semalam dengan adik-beradiknya. Mana tak bengang?

“Habis tu, bila majlis kau nak dilangsungkan? Agak-agak, aku dapat tak kontrak untuk jahit baju nikah kau?” Manalah tahu, mak datin dah tempah khas dengan butik terkenal. Siapalah dia. Setakat jahit baju orang sekitar sini saja.

“Entah. Aku malas nak ambil peduli. Tengah bulan depan kut.” Emaknya ada bagitahu semalam tapi dia buat tak peduli. Malas nak ambil kisah. Dirasakan kehidupannya kini macam lembu kena tarik hidung. Buat saja apa yang orang suruh.

“Boleh pula main kut-kut. Eh, kau nak kahwin tau. Benda macam ni bukan boleh buat main-main.” Dia tahu Siti Fatimah tak sedia dengan semua ini tapi itu bukan alasan untuk Siti Fatimah lepas tangan. Sedia atau tidak, dia tetap kena kahwin.

“Habis tu yang dia orang main-main dengan masa depan aku ni bolehlah? Langsung tak tanya aku dulu. Sedih aku tau tak.”

“Tapi kau tak boleh salahkan keluarga kau. Aku dah suruh kau terus-terang dengan mereka. Kau yang tak buat.” Bob cuba mengingatkan Siti Fatimah.

“Aku tersepit Bob.” Air matanya gugur lagi. Masuk kali ini entah berapa banyak sudah air matanya mengalir. Semuanya gara-gara Ryzal Syahmi. Makin benci dia dengan lelaki itu.

“Siti, setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tuhan dah aturkan kehidupan kau. Jadi kau kena terima. Mana tahu, lepas kahwin si Ryzal tu berubah. Dia jadi suami yang bertanggungjawab, dan mana tahu kau akan jatuh hati dengan dia? Kau sabarlah Siti.” Cuba untuk memujuk hati Siti Fatimah yang sedang remuk redam. Dia tak boleh tengok perempuan menangis. Dia pun rasa nak menangis sekali.

“Lelaki macam Ryzal tu nak berubah? Mimpi sajalah.” Memang dia tak kenal Ryzal. Jumpa pun baru dua kali. Tapi itu dah cukup untuk dia buat rumusan tentang sikap Ryzal.

“Kau jangan cakap macam tu. Sedangkan seorang pembunuh pun boleh insaf, inikan pula Ryzal. Kau doalah banyak-banyak sikit. Biar laki kau tu cepat-cepat dapat hidayah.” Siti Fatimah mencebik. Laki? Geli dia dengar.

“Tapi Ryzal tu lebih teruk daripada seorang pembunuh.” Kalau dah benci tu, semua benda pun jadi buruk.

“Tak baik kau cakap macam tu. Dia cuma suruh kau jadi isteri dia saja. Tak adalah teruk sangat. At least merasalah juga kau jadi bini orang. Hah, kalau dia tak masuk meminang kau, entah bila kau dapat kahwin pun tak tahu.” Kira beruntunglah tu. Dapat pula orang kaya. Rugilah kalau tolak. Syukurlah sikit.

“Aku rela tak kahwinlah daripada dapat laki macam tu. Menyusahkan hidup saja.” Marah betul Siti Fatimah.

“Amboi, tak sayang mulut nampak. Nanti betul-betul tak kahwin sampai tua baru kau tahu.” Kata-kata tu satu doa. Cubalah cakap elok-elok sikit.

“Malaslah aku nak layan kau ni. Balik lagi bagus.” Siti Fatimah bingkas bangun. Buat sakit hati saja. Bob macam nak sebelahkan Ryzal. Kalau lelaki tu, lelaki juga.

“Yalah, orang dah ada tunang. Kawan sendiri pun dah malas nak layan.” Perli Bob. Dia cuba menahan ketawa melihat wajah Siti Fatimah yang masam mencuka.

“Esok kau datang ya.  Aku nak ukur badan kau untuk buat baju nikah.” Laung Bob. Siti Fatimah buat-buat tak dengar. Tak ada maklum balas daripada wanita itu.

>> 

“Mak Ucu, tengok ni.” Iqbal menghulurkan kamera digital milik papanya kepada Siti Fatimah. Huluran itu 
disambut oleh Siti Fatimah. Apa yang Iqbal mahu tunjukkan kepadanya?

“Mak Ucu cantik.” Siti Fatimah senyum mendengar pujian anak saudaranya. Gambar semalam rupanya.

“Lagi satu.” Iqbal menekan butang kecil yang ada pada kamera itu. Gambar bertukar dan berhenti pada satu gambar. Senyuman Siti Fatimah mati.

“Pak Ucu pun handsome.” Puji Iqbal lagi. Pandai betul budak kecil ni tapi kali ini dia tak bersetuju. Hatinya menolak sekeras-kerasnya. Tak handsome langsung. Menyakitkan hati saja.

“Mak Ucu cepatlah kahwin dengan Pak Ucu. Nanti bolehlah Iqbal makan KFC hari-hari.” Bertuah punya anak saudara. Suruh mak ciknya kahwin cepat-cepat semata-mata nak makan KFC.

“Suruhlah papa Iqbal belikan.”

“Papa tak kaya macam Pak Ucu.” Melopong Siti Fatimah dengar. Memang bertuah betul budak ini. Boleh pula dia cakap macam tu.

“Ish, tak baik cakap macam tu. Papa Iqbal bukan tak kaya tapi papa Iqbal sibuk. Nak cari banyak duit. Nanti ada banyak duit bolehlah Iqbal makan KFC hari-hari. Tak pun, papa Iqbal boleh belikan satu KFC untuk Iqbal. Hah, jadi tak payahlah Mak Ucu kahwin dengan Pak Ucukan?” Iqbal terdiam seketika. Mungkin sedang berfikir. Tak lama kemudian dia geleng kepala.

“Tak boleh. Mak Ucu kena juga kahwin dengan Pak Ucu. Nanti, papa boleh belikan Iqbal KFC. Pak Ucu pula boleh belikan Iqbal mainan banyak-banyak.” Petah betul budak kecil ni. Siti Fatimah mati kutu.

“Hmm...macam tu ya? Tak payah suruh Pak Ucu. Mak Ucu pun boleh belikan Iqbal banyak mainan. Tak payahlah kahwin dengan Pak Ucu ya?” Macamlah si Iqbal ni boleh batalkan perkahwinannya.

“Mak Ucu tak best. Beli mainan macam budak perempuan.” Siti Fatimah nak tergelak. Mainan budak perempuan? Aduh, susah dapat anak saudara bijak ni.

“Iqbal, pergi masuk tidur. Esok nak sekolah.” Kak Teh mengusap perlahan kepala anak keduanya. Iqbal akur. Kak Teh mendekati Siti Fatimah.

“Tengok gambar semalam ke?” Siti Amirah sendiri pun dah beberapa kali tengok. Siti Fatimah senyum.

“Bertuah Siti. Datin dengan datuk tu baik sangat Teh tengok. Ryzal pun. Pandai dia layan budak-budak tu. Ada bakat nak jadi ayah mithali.” Mana taknya, si Iqbal tak habis-habis bercakap pasal Pak Ucunya. Sampaikan papanya sendiri pun cemburu.

Siti Fatimah tak menjawab sebaliknya dia mengeluh perlahan. Siti Amirah tak faham kenapa tapi memang dia perasan sejak semalam Siti Fatimah nampak tak ceria. Tak macam bakal pengantin yang lain. Macam ada sesuatu yang adiknya cuba sembunyikan.

“Siti, Teh nak tanya sikit boleh?” Siti Fatimah angkat muka. Dia agak kaget. Tolonglah jangan tanya soalan yang dia tak mampu jawab.

“Apa dia? Tanya sajalah.” Siti Fatimah berlagak selamba. Sebenarnya, dia sedang berdebar menunggu soalan daripada kakaknya.

“Kenapa dari semalam Kak Teh tengok Siti macam ada masalah saja. Tak ceria. Biasanya orang nak bertunang ni, gembira. Ada apa-apa yang Kak Teh tak tahu ke?” Siti Amirah pandang tepat ke arah Siti Amirah. Kalau boleh dia tolong, dia akan tolong.

“Tak ada apalah Kak Teh. Siti gemuruh saja kut.” Dah dia agak. Janganlah Kak Teh tanya pasal Ryzal pula. Yang tu dia tak tahu nak jawab macam mana.

“Kalau macam tu tak apalah. Kak Teh ingatkan Siti ada masalah apa-apa. Yalah, tiba-tiba saja bertunang dan tak sampai sebulan lagi dah nak nikah. Mak bukan main gembira lagi. Mak ada bagitahu Kak Teh, lepas Siti dengan Ryzal dah selamat nikah nanti, mak dengan ayah nak pergi umrah.” Hati Siti Fatimah terbeban lagi. Kakinya macam makin kuat terikat. Dah tak boleh nak lepaskan diri.

“Kesian mak. Mesti mak penatkan. Tiba-tiba nak kena uruskan majlis Siti. Masa pula suntuk.” Ini semua gara-gara Ryzal. Kalau jadi apa-apa dengan emaknya, siaplah Ryzal.

“Siti tak payah risau. Emak tu tengah gembira sangat. Penat sikit pun dia dah tak kisah.” Siti Amirah pun turut sama teruja. Baju untuk majlis minggu depan dia dah tempah siang tadi. Semua adik beradik dah sepakat nak pakai baju warna biru.

Siti Fatimah diam lagi. Kalaulah dia boleh bagitahu Kak Teh apa sebenarnya yang berlaku, tak adalah dia rasa terbeban sangat. Tapi lidahnya tak mampu nak berkata apa-apa. Kak Teh adalah kakak yang paling rapat dengannya. Selama ini pun, dia selalu berkongsi rahsia dengan Kak Teh. Tapi kali ini dia rasa dia tak mampu nak ceritakan apa-apa dengan Kak Teh. Maaf.

“Dahlah Siti. Kak Teh nak masuk tidur dulu. Mengantuk sangat dah mata ni. Insya Allah dalam beberapa bulan nanti, Siti pun boleh rasa apa yang Kak Teh rasa sekarang ni. Seronok tau Siti.” Siti Amirah mengusap perlahan perutnya yang semakin memboyot. Tak sabar nak jumpa dengan anaknya ini. Dah lama tak timang anak kecil. Iqbal pun dah umur lima tahun.

Siti Fatimah hanya senyum. Tak ikhlas. Tak ingin dia nak ada anak dengan Ryzal. Tak mungkin dia akan
mengandungkan anak Ryzal. Dia berkahwin hanya untuk mengekalkan senyuman di wajah emaknya. Dia tak mampu nak buat lebih daripada itu. Ryzal yang minta semua ini dan lelaki itu perlu ikut syaratnya. Tak mungkin ada pertalian hati di antara mereka. Apatah lagi pertalian darah. Dia tak mahu.

 mengandungkan anak Ryzal. Dia berkahwin hanya untuk mengekalkan senyuman di wajah emaknya. Dia tak mampu nak buat lebih daripada itu. Ryzal yang minta semua ini dan lelaki itu perlu ikut syaratnyamungkin ada pertalian hati di antara mereka. Apatah lagi pertalian darah. Dia tak mahu.

1 comment: