hehe...hampir terlupa..biasalah bile da balik kg..ape2 pun..semoga terhibur!!
enjoyzzzz!!!!
Majlis
pernikahan hanya tinggal dua minggu lagi. Siti Fatimah sudah tak senang duduk.
Setiap hari dia tak akan terlepas daripada memikirkan tentang perkara itu.
Macam mana dia nak lalui hari-harinya selepas ini bersama Ryzal tanpa ada cinta
di hati? Boleh tak nak larikan diri? Tertekan!
“Kau
ni aku tengok tak macam orang nak kahwin aje. Monyok memanjang. Cuba senyum
sikit. Kalau macam ni hari-hari, alamatnya tak sampai sehari, laki kau dah
lari.” Siti Fatimah langsung tak terkesan dengan kata-kata Bob. Dia betul-betul
tak ada perasaan nak kahwin apatah lagi bila calon suaminya bukan pilihannya.
Orang yang dia benci.
“Kalau
dia lari lagi bagus. Tak adalah aku tension sangat. Nak cerai terus pun lagi
tak apa.” Kalau tak kahwin lagi bagus.
“Amboi,
tak sayang mulut nampak! Nanti kalau dah terjatuh cinta baru kau tahu. Tak
nampak muka sehari pun dah rasa macam nak mati.” Tempelak Bob. Senang saja
cakap nak cerai. Kahwin pun belum.
“Tak
akan jatuh cinta punyalah. Dia tu tak layak dapat cinta aku tau tak? Cinta aku
hanya untuk suami aku sahaja. Suami yang cinta dan terima aku seadanya. Bukan
macam mamat tu.” Cintanya tiada dua. Sudah dikhaskan untuk seorang suami yang
dipilih sendiri olehnya.
“Ryzal
tu pun laki kau juga. Mahu tak mahu kau kena terima Siti. Berdosa tau kalau kau
ingkar arahan dia.” Matanya sudah pedih dek kerana menjahit manik-manik kecil
di baju. Tapi terpaksalah ditahan juga kerana inilah satu-satunya punya rezeki
yang dia ada.
“Dia
tu lagi berdosa sebab paksa-paksa orang kahwin dengan dia. Ish, tak sukanya
aku! Tak suka...tak suka...tak suka!” Macam sesi meluahkan perasaan. Agak kuat
suara Siti Fatimah sehinggakan pembantu butik Bob pun keluar dari tempat
persembunyiannya di belakang.
“Hoi,
runtuh kedai mak ni kau nak bayar ke?” Agak-agaklah kalau nak melepaskan
perasaan pun. Pergilah gunung ke, laut ke, tak pun pergi je LCCT atau KLIA.
Masa kapal terbang nak berlepas tu, kau jeritlah kuat-kuat. Tak ada orang
dengar pun.
“Bob,
tolonglah aku. Aku tak nak kahwin.” Rintih Siti Fatimah. Tekanan semakin kuat
dirasa. Ini belum lagi soalan-soalan yang dia terpaksa tepis di sekolah. Kak Akma macam dah boleh menghidu
sesuatu. Firdaus pun makin kuat cemburunya. Pantang tengok dia berbual di
telefon, cepat saja dia soal siasat. Sibuk. Dulu-dulu tak nak jadi polis.
“Aku
nak tolong macam mana lagi? Baju kau tu pun dah nak siap. Kau jangan buat
perangai pula. Ada yang masuk Buletin Utama nanti. Seorang bakal pengantin lari
sebab tak nak kahwin. Kau nak macam tu? Tak rela mak nak mengaku kawan.” Bantal
yang berada di tangan Siti Fatimah dihempuk ke kepala Bob. Geram. Orang serius
dia main-main pula.
“Betul
apa aku cakap? Siti, cuba kau terima kenyataan sikit. Dah memang si Ryzal tu
jodoh kau, nak buat macam mana. Kalau kau tolak sampai ke tua pun, kalau Tuhan
dah catatkan yang si mamat tu jodoh kau, kau tetap kena terima.” Kenapalah
susah sangat Siti Fatimah nak terima kenyataan. Dah sakit telinganya ini
mendengar keluhan dan luahan rasa Siti Fatimah. Bukan dia marah, tapi kalau
setiap kali dengar benda yang sama, sakit juga.
“Tapi
masalahnya aku tak nak.” Masih lagi dengan keras hatinya. Tak tahulah kenapa
dia memang tak boleh terima Ryzal. Terbayang macam mana mesranya Ryzal dipeluk
oleh seorang wanita seksi semasa perjumpaan pertama mereka dulu.
“Aku
rasakan, baik kau balik. Kau solat hajat, solat istikharah dan doa
banyak-banyak. Jangan lupa mengaji. Biar tenang sikit hati kau tu.” Bob bangun
dan menuju ke rak-rak yang dipenuhi dengan baju yang sudah siap dijahit.
Dalam-dalam bebelkan Siti Fatimah, siap juga bajunya sepasang.
“Dah,
aku nak siapkan baju nikah kau pula. Nanti tak siap, merasalah kau pakai baju
tak ada lengan.” Siti Fatimah langsung tak ambil kisah tentang baju yang
dijahit oleh Bob. Dia serahkan seratus peratus kepada Bob. Dia hanya sediakan
badan. Langsung tak berminat nak ambil tahu. Lantaklah cantik ke tidak.
Bakal
ibu mertuanya pun pernah tawarkan untuk buatkan bajunya sekali dengan baju
Ryzal tapi dia tolak sebab Bob dah jahitkan bajunya. Sudahnya, bajunya dan baju
Ryzal dijahit berasingan. Entah-entah nanti, seorang baju putih, seorang baju
kuning. Ah, lantaklah. Ada aku kisah?
Siti
Fatimah tak terus pulang ke rumah. Matanya rasa dah tak larat nak tengok semua
persiapan yang sedang dilakukan di rumah. Hatinya jadi sakit dan sedih. Memang
dia langsung tak ambil peduli tentang semua itu. Kalau ada pun, emak yang
suruh. Beli barang sikit-sikit. Tentang hantaran dia tak perlu risau. Datin
Hajah Maria dah tawarkan diri untuk buat semua itu. Senang katanya.
Nasib
baik kursus perkahwinan dia dah pernah hadiri. Itupun secara kebetulan sebab
temankan si Sheila, kerani di sekolahnya yang nak berkahwin dua tahun lepas.
Kalau tak, merasalah dia pergi kursus kahwin dengan Ryzal. Tak rela.
Kereta
diparkirkan. Dia nak ke mana pun dia tak tahu. Yang penting, bukan ke rumah.
Siti Fatimah menapak perlahan menyusuri deretan kedai yang menjual pelbagai
barang-barang. Tiba-tiba kakinya berhenti di hadapan sebuah kedai. Matanya
tertarik melihat foto-foto perkahwinan yang dipamerkan di situ. Pasangannya
nampak sangat bahagia. Senyumannya senyuman keceriaan. Mampukah dia senyum
begitu? Tak mungkin. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Menyusuri kedai-kedai
lain.
Langkahnya
terhenti lagi. Kali ini di hadapan sebuah kedai yang mempamerkan persalinan di
hari bahagia. Cantik dan anggun. Dia senyum sendiri. Dulu, sewaktu kecil, dia
selalu berangan. Impian perkahwinannya. Dia mahukan pelaminnya dihiasi dengan
bunga-bunga segar pelbagai warna. Biar ceria. Biar semua yang melihat pun rasa
gembira. Dia mahu pakai persalinan yang indah. Bergemerlapan ditaburi dengan
manik-manik cantik. Tapi sekarang semuanya dah musnah. Impian perkahwinannya
sudah musnah.
“Masuklah
dik. Kami ada buat offer.” Tegur pekerja di kedai itu. Siti Fatimah hanya
menggeleng. Sekali lagi kakinya melangkah pergi. Kepalanya ditunduk ke lantai.
Kenapa mesti hidupnya jadi begini? Dia juga mahu bahagia seperti orang lain.
Siti
Fatimah berhenti di tepi jalan. Memerhati orang ramai yang lalu lalang. Melihat
pasangan yang bergandingan mesra. Melihat anak-anak kecil yang keriangan
bersama ibu bapa. Dia mahu semua itu juga. Ryzal dah musnahkan semua impiannya.
Ryzal perosak segalanya. Dia benci Ryzal. Benci!
“Nak,
anak tak apa-apa ke ni?” Siti Fatimah menyeka air mata yang mengalir. Di
sebelahnya ada seorang wanita tua. Wajahnya penuh kelembutan. Suka Siti Fatimah
tengok.
“Tak
ada apa-apa mak cik. Masuk habuk saja ni.” Siti Fatimah segera meminta diri.
Dah nak masuk Maghrib. Membebel pula emaknya nanti. Sudahlah persiapan
perkahwinan langsung tak ambil peduli, tak lekat di rumah lagi.
>>
“Teh,
mak tengok adik kamu tu macam tak gembira saja nak kahwin. Senyum pun dah susah
nak tengok sekarang. Kamu tahu kenapa?” Hajah Asmah sibuk menyusun bunga-bunga
telur yang sudah dibersihkan.
“Entahlah
mak. Teh pun perasan juga. Tapi bila Teh tanya, dia cakap tak ada apa-apa.
Letihlah, banyak kerjalah. Tak ada apa-apa kut mak. Tak payahlah risau.” Dia
sendiri pun naik risau dengan keadaan adiknya. Sejak Siti Fatimah bertunang
hampir sebulan lepas, payah betul nak tengok adiknya itu senyum. Dengan
anak-anaknya pun dah tak mesra macam selalu. Setiap hari balik lambat.
“Mak
ni bukan apa. Mak tak naklah dia tu rasa terbeban. Yalah, yang suruh dia kahwin
tu mak.” Bunga-bunga telur yang sudah siap disusun dipandang sepi. Rasa
bersalah tiba-tiba menerpa.
“Tak
adalah mak. Dia sendiri yang putuskan untuk berkahwin cepat-cepatkan? Bukan
salah mak pun. Jodoh dia dah sampai.” Pujuk Siti Amirah. Bukan salah emaknya.
“Manalah
tahu dia terpaksa setuju sebab mak yang terlalu mendesak.” Masih ada sisa-sisa
rasa bersalah.
Siti
Amirah tak menjawab. Tangan emaknya diusap perlahan. Dia tak rasa Siti Fatimah
terpaksa setuju dengan pernikahan ini. Tak apa, nanti dia sendiri akan tanya
Siti Fatimah.
>>
Siti
Amirah masuk ke bilik adiknya. Siti Fatimah sedang tekun menghadap komputer
riba. Perlahan-lahan dia melabukah duduk di atas katil. Cuba untuk menyelesakan
diri.
“Siti
buat apa tu?” Sekadar berbasa-basi.
“Kerja.
Dua hari lagi due date.” Siti Fatimah masih tekun dengan kerjanya.
“Macam
mana perasaan sekarang? Lagi dua minggu dah nak jadi isteri orang.” Majalah Nur
dicapai. Dibelek satu persatu.
“Entah,
macam biasa saja.” Takkan dia nak tipu pula. Nanti terbongkarlah rahsia.
“Kenapa
Siti nampak macam tak gembira saja? Kak Teh bukan apa, mak pun perasan benda
ni. Mak tu bimbang sangat yang Siti berkahwin sebab terpaksa.” Majalah Nur
ditutup. Dia kembali memandang Siti Fatimah.
“Mana
ada. Kan Siti sendiri yang setuju nak kahwin. Dah bertunang pun. Lagi dua
minggu nak kahwin. Cakap dengan mak, jangan risau.” Siti Fatimah dah penat nak
jawab dan nak fikir tentang perkara tu.
“Kalau
macam tu baguslah. Ni Teh nak pesan, kalau ada apa-apa masalah jangan segan nak
bagitahu Teh. Perkara nikah kahwin ni bukan perkara main-main.” Pesan Siti
Amirah. Dia tahu, adiknya dah cukup matang untuk berfikir dan buat keputusan.
Siti
Fatimah sekadar senyum. Memang ada masalahnya. Masalah yang sangat besar. Tapi
dia tak dapat nak bagitahu Kak Teh. Siti Fatimah termenung sendirian selepas
Kak Teh keluar daripada biliknya. Kalendar dicapai. Hari semakin berkurangan.
Dia tutup mata. Apa yang Ryzal sedang buat sekarang ini? Adakah lelaki itu
sedang bergembira meraikan hari-hari terakhir sebagai lelaki bujang?
Mata
dipejam serapatnya. Terbayang Ryzal sedang senyum sinis memandangnya.
Cepat-cepat mata dibuka kembali. Dia tak kenal lelaki itu sebelum ini. Dan
sampai sekarang pun dia masih tak mengenali lelaki itu sepenuhnya. Dia masih
tak dapat nak fikir kenapa lelaki itu sanggup menganiaya dirinya.
“Kan tadi abang dah cakap. Abang
nak Siti Fatimah Adrianna jadi isteri abang.”
Kata-kata
Ryzal sangat menyakitkan hatinya. Dia langsung tak percayakan kata-kata Ryzal.
Semua itu hanyalah alasan semata-mata. Siti Fatimah pandang sekeliling
biliknya. Hanya tinggal dua minggu sebelum bilik ini perlu dikongsi dengan
Ryzal. Dia tak mahu bayangkan perkara itu. Jijik!
p/s:: bg la komen sket eks..hehehehehe...:)
hohohoh,tetibe saya terasa saya adalah siti! hahahah..
ReplyDeleteSuka cerita ni... Tak sabar nak tahu apa yg terjadi menuju ke gerbang perkahwinan dan selepas berkawin.. Harap2 tiada plot klise yg sorang tidur atas katil dan sorang lagi atas sofa...
ReplyDeletecepat kak smbg lg. nak tw cmne dorg nie after kawen..
ReplyDeleteopssssssssssss...hahahaha...no comment.
ReplyDeleteadoiii..
Nak lg...
ReplyDelete