hohohohohoho...sowwiiii..delayed. ape2 pun harap korang masih sudi membaca kisah siti Fatimah dan Ryzal.hehe
enjoyzzzzzzzzzzzzz!!!!
oppsssss..before that, sy rasa sy nak tukar tajuk novel nih....dah ada tajuk baru..tapi utk chapter ni..saya guna tajuk ni dulu..next chapter, sy akan gtau tajuk baru ya! insyaAllah...
Nadia
menjenguk ke luar tingkap. Abangnya ada di situ. Sedang termenung seorang diri.
Dua biji mug dibawa mendekati
abangnya. Sejak akhir-akhir ini susah sangat nak tengok abangnya. Sekarang dah
ada peluang, tak perlu dipersia.
“Nah.”
Mug berisi coklat panas disua kepada
abangnya. Dia duduk di sebelah abangnya. Mereka hanya dua beradik. Sebab itu
mereka rapat.
“Teringatkan
tunang ke?” Serkap Nadia. Ryzal hanya sengih seraya menggeleng kepala. Bukan
setakat tunang tapi lebih daripada itu.
“Abang
tak keluar ke malam ni?” Hairan juga. Biasanya tak pandai nak lekat dekat
rumah.
“Malaslah.
Lagipun penat. Banyak kerja di pejabat tadi. So, macam mana study?” Dia perlu menyelesaikan banyak perkara
sebelum bercuti panjang untuk majlis perkahwinannya nanti. Sudah ramai staf
yang tahu. Cerita yang ditunggu-tunggu seperti itu memang cepat benar tersebar.
“Ok.
Minggu depan kertas terakhir. So, bolehlah fokus untuk majlis abang nanti.”
Nadia sedang menyambung pelajarannya di peringkat sarjana. Tahun ini tahun yang
terakhir.
“Nadia
dengan Amar macam mana? Dah sedia?” Tak lama selepas majlis pernikahannya
nanti, giliran adiknya pula. Mereka berdua dah lama bertunang. Tapi bila tiba
bab nikah, asyik nak bertangguh saja.
“Sedia
tak sedia kenalah kahwin juga. Kalau tak, mahu kena bunuh dengan mama.”
Diikutkan hati, dia tak nak kahwin lagi. Kalau boleh biarlah sampai hujung
tahun ini. Tapi mama dah bising. Tak eloklah, itulah inilah. Nak tak nak,
kenalah kahwin juga.
“Bang,
nak tanya sikit boleh?”
“Apa
dia?” Coklat panas dihirup perlahan. Segar rasa matanya.
“Macam
mana abang kenal dengan Siti Fatimah tu?” Dia ada dengar cerita daripada
mamanya. Tapi dia pun nak tahu juga macam mana abangnya boleh terpikat dengan
gadis itu sampai terus bersetuju nak kahwin.
“Mama
tak cerita ke?” Mustahil kalau mamanya tak bercerita. Kalau dah hari-hari sebut
nama Siti Fatimah, pemandu papa pun boleh tahu.
“Ada.
Tapi Nad nak dengarlah juga daripada mulut abang. Macam mana abang boleh
berkenan dengan Siti Fatimah tu sampai terus nak kahwin. Kira hebat jugalah dia
tu kan?” Siti Fatimah sama umur dengannya. Rasa kekok pula kalau nak panggil
kakak.
“Dah
jodoh nak buat macam mana. Kenal lama-lama pun, kalau dah bukan jodoh, tak jadi
juga.” Jawapan yang tak ikhlas daripada hati. Jodoh? Mereka tak akan kahwin
kalau dia yang tak memaksa.
“Tak
percayalah. Bukan Nad tak tahu taste
abang tu. Mana nak pandang perempuan pakai tudung. Yang abang berkenan,
perempuan pakai skirt pendek, rambut karat, make
up macam opera cina. Ini, lain benar. Takkan dengan adik sendiri pun nak
berahsia kut?” Nadia mencebik. Tak
percaya dengan kata-kata abangnya.
“Hmmm...sebab
dia cantik!” Ryzal ketawa. Mungkin kalau sebab itu Nadia akan percaya.
“Patutlah
pun. Dasar mata keranjang.” Kepala abangnya ditolak perlahan. Pantang tengok
perempuan cantik. Ryzal masih ketawa.
“Tapi
abang tak rasa cepat sangat ke? Baru kenal sebulan dah nak nikah. Nadia yang
dah kenal Amar tu lima tahun pun tak berani lagi nak kahwin.” Memang dia agak
terkejut bila mamanya bagitahu yang abangnya akan berkahwin pertengahan bulan
depan. Maknanya dua minggu lagi.
“Kan
abang dah cakap tadi. Dah jodoh. Lagipun perkara baik, buat apa nak tunggu
lama-lama. Tak macam awak tu. Asyik bertangguh saja.” Tempelak Ryzal.
“Orang
tak sedia lagilah. Siti Fatimah tu nampak macam baik ajekan bang? Hari tu, masa
abang tunang Nad ada borak dengan dia. Cakap pun lembut saja. Sopan betul.
Macam tak sesuai langsung dengan abang.” Memang jauh panggang dari api.
Abangnya memang bertuah dapat Siti Fatimah tapi Siti Fatimah bertuah ke dapat
abangnya? Entahlah.
“Hei,
tolong sikit. Tengok oranglah sikit. Dia tak tahu betapa bertuahnya dia dapat
kahwin dengan abang. Kat luar sana, perempuan beratur panjang tau nak jadi
makwe abang. Dia tak payah susah-susah nak beratur pun. Jumpa sekali terus on.” Nadia mencebik lagi. Menyampah.
Meluat pun ada. Perasan bagus. Lelaki mulut manis, memanglah perempuan ramai
yang nak. Tambah pula abangnya tu poket penuh.
“Abang
betul ke cintakan dia? Nad tak nampak pun abang keluar dengan dia ke, bergayut
dengan dia ke. Dahlah lagi dua minggu nak kahwin. Tapi abang nampak rileks
saja. Semuanya mama yang buat. Kesian mama.” Kalau dia ada masa, dia akan
tolong mamanya. Tapi dia pun sibuk dengan peperiksaan akhir.
“Kami
ni dah matang. Bergayut tu untuk budak-budak saja. Cinta monyet. Lagipun, kalau
abang keluar dengan dia takkanlah abang nak report
dengan Nad. Tak syoklah macam tu. Nama pun dating.”
Cinta? Dia tak rasa dia cintakan Siti Fatimah. Dia kahwin kerana egonya
tercabar. Itu saja.
“Matanglah
konon. Entah-entah, duduk dalam bilik bergayut mengalahkan monyet kat pokok.”
Masih lagi memerli. Orang kalau tengah angau tak kira budak-budak ke, orang tua
ke, mesti asyik nak dengar suara saja.
“Abang
bukannya macam Nad. Semua benda pun nak kena report dengan tunang. Entah-entah
masuk tandas pun bagitahu Amar.” Giliran Ryzal pula. Nadia jegil mata. Satu
pukulan hinggap di lengan abangnya. Pandai-pandai saja.
“Eh,
mana ada. Tak kuasa. Cakap orang lebih, entah-entah dia pun sama. Saja tak nak
bagitahu.” Abangnya ini bukan boleh percaya. Dia masih ingat dulu, waktu
abangnya tengah angau bercinta dengan seorang perempuan. Dua puluh empat jam
dengan telefon bimbitnya. Tersengih setiap masa.
“Abang,
nak tanya lagi satu tapi abang jangan marah tau.” Tiba-tiba dia teringatkan
sesuatu.
“Apa
dia?” Ryzal pandang langit yang hitam pekat. Ada bintang-bintang yang membentuk
beberapa corak.
“Antara
Siti Fatimah dan Kak Natasha, mana satu lagi cantik?” Entah kenapa bila
teringatkan kisah cinta abangnya, dia akan teringatkan Natasha. Gadis kacukan
yang menjadi kegilaan abangnya suatu masa dulu. Orangnya memang cantik. Tapi
sayang, jodoh abangnya dengan Natasha tak panjang.
Ryzal
pantas memandang ke arah Nadia. Kenapa mesti nama gadis kacukan itu disebut?
Dia dah lama tak dengar nama itu dan dia tak mahu dengar pun. Terbayang kisah
lalu yang buat hatinya remuk redam. Dulu, dia tak macam ni. Sewaktu mengenali
Natasha dia adalah lelaki yang sangat setia dengan cinta. Tapi bila Natasha
tinggalkan dia atas alasan yang dia tak boleh terima, dia jadi benci. Dia macam
berdendam dengan
wanita.
“Abang
marah ke?” Nadia sedikit kaget. Abangnya tak menjawab. Takkan masih marah
dengan Natasha?
“Taklah.
Abang pun dah lupakan dia. Oklah, abang nak masuk. Mengantuk pula.” Ryzal
menilik jam di tangan. Malam masih muda. Matanya pun masih belum mengantuk
sebenarnya tapi disebabkan nama Natasha disebut, moodnya tiba-tiba hilang.
“Ke
nak bergayut dengan tunang? Rindulah tu. Maklumlah orang tengah darah manis.”
Ketawanya meledak. Seronok dapat usik abangnya. Bukan senang nak kenakan lelaki
itu.
“Tak
ada maknanya. Tidur lagi bagus.” Tak terlintas langsung di hatinya nak telefon
Siti Fatimah. Sejak mereka bertunang, tak pernah langsung dia menghubungi
wanita itu. Tak ada benda yang nak dibincangkan. Kalau pasal majlis nanti, mama
yang banyak berhubung.
Nadia
Suraya jelir lidah. Sikit pun tak percaya. Satu harapannya agar perkahwinan ini
menjadi satu titik perubahan kepada abangnya. Harap-harap lepas ni abangnya
jadi lelaki yang lebih bertanggungjawab. Dia juga harap Siti Fatimah dapat
membantu abangnya melupakan Natasha.
>>
Ryzal
berbaring di katilnya. Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Mata tak
mengantuk. Nama Natasha kembali bermain di benaknya. Di mana wanita itu
sekarang? Sejak berpisah lima tahun lalu, dia dah tak ambil tahu tentang Natasha.
Wanita itu pergi dah hilangkan diri tanpa khabar berita. Waktu itu, memang
hatinya sakit dah hancur. Hanya dengan sekeping pesanan ringkas, Natasha
putuskan hubungan mereka yang dah terbina selama lima tahun.
Dia
tak tahu apa salahnya. Serta merta itu juga Natasha tukar nombor telefon.
Rumahnya juga kosong. Wanita itu juga sudah berhenti kerja. Dia tak jumpa
Natasha di mana-mana lagi. Bila tanya kawan baiknya, mereka pun tak tahu. Ada
khabar angin yang mengatakan dia pulang ke London. Tinggal dengan mamanya.
Macam mana dia nak cari Natasha di sana?
Ryzal
bangkit dari pembaringan. Membuka komputer riba. Lebih baik dia siapkan kerja.
Satu fail baru telah menarik perhatiannya. Dibuka fail itu. Wajah-wajah ceria
terpampang di skrin. Ada mama, papa, Mak Long, Nadia dan beberapa orang lagi.
Dia beralih ke gambar yang lain. Wanita yang telah menjadi tunangnya itu ayu
berbaju kurung moden. Solekan tipis di wajah menyerlahkan kecantikan
semulajadinya. Lama dia tatap wajah Siti Fatimah Adrianna.
“Antara
Siti Fatimah dan Kak Natasha, mana satu lagi cantik?”
Siti
Fatimah Adrianna dan Natasha. Dua-dua pun cantik. Tapi Natasha punya kelebihan
sebab wanita itu pernah memiliki cintanya. Wanita yang berjaya menawan hatinya.
Siti Fatimah adalah wanita yang berjaya mengikatnya dengan ikatan perkahwinan.
Wanita yang menyebabkannya memegang status suami.
Dia
beralih ke gambar lain lagi. Banyak gambar Siti Fatimah di dalamnya. Tapi tak
satu pun gambar yang menunjukkan wanita itu sedang gembira dan ceria. Senyumnya
hambar. Matanya tak galak bersinar. Bagaimana Siti Fatimah nak gembira kalau
semua yang terjadi saat itu satu seksaan baginya. Semuanya satu paksaan. Pasti
sukar untuk wanita itu untuk menerima kenyataan. Tapi dia tak tahu kenapa
hatinya sangat terkesan bila Siti Fatimah menolak dirinya.
Telefon
dicapai. Perlu ke dia menghubungi Siti Fatimah? Untuk apa? Kalau sebelum ini
dia tak kering idea bila bersembang dengan perempuan tapi bila mahu berbual
dengan Siti Fatimah, dia jadi mati akal. Telefon diletakkan kembali. Mungkin
Siti Fatimah dah tidur. Lagipun dah hampir pukul dua belas tengah malam.
Komputer
riba ditutup. Mood untuk buat kerja
hilang. Rasanya dia dah tersepit dengan keputusan yang dia buat sendiri.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru akibat ego sendiri. Betul ke dia dah
nak kahwin?
>>
Siti
Fatimah berteleku di sejadahnya. Dia tak boleh tidur malam ini. Sebab tu dia
masih setia di sejadah. Dia memohon petunjuk Tuhan. Mohon dikuatkan hati dan
ditenangkan jiwa. Waktu-waktu beginilah dia rasa rindu sangat untuk berada di
Mekah. Tempat yang penuh dengan ketenangan. Tempat yang penuh dengan
kebahagiaan yang dia tak dapat cari di sini.
Alangkah
bahagianya jika saat ini dia sedang memandang dan sujud di hadapan Kaabah.
Melihat pelbagai ragam manusia memohon keampunan Tuhan. Ah, rindunya untuk
kembali ke sana. Moga dia masih diberikan peluang dan ruang untuk menikmati
semua itu.
“Mak,
Siti minta maaf sebab terpaksa tipu mak. Siti nak sangat mak tahu yang Siti
benar-benar terseksa sekarang ini tapi Siti tak sanggup nak tengok mak
menangis. Siti cuma nak mak gembira dan andai perkahwinan ini mampu buatkan mak
gembira, Siti redha.” Telekung putihnya basah dengan air mata. Sendu yang
terpaksa ditanggung sendiri.
Semoga
Tuhan tunjukkan yang terbaik buatnya. Mungkin betul kata Bob, pasti ada hikmah
di sebalik semua yang berlaku ini. Bersabarlah duhai hati.
p/s:comment pleaseeeeeee!!!huhuhuhuhuhu...
best!! nk ag!! cian siti fatimah.. ryzal mmg lelaki yg tinggi sgt ego, sggp buat anak dara org menderita..
ReplyDeleteala teringat makwe lama la plak ye...huhuuuu
ReplyDeletefollowwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeletewaaaa~~~ xsabarnya nak tau lps ni mcm na!!! hehe.. comey la ryzal n fatimah ni.. hope lps kahwin ada lbih bnyk babak romantis between both of them..:)
ReplyDelete_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
suke suke...nak lg...
ReplyDeletesambung cepat!!!
kesian dgn Siti terpaksa kawen
ReplyDeletewalaupun rasa terpaksa tapi kasih
kan ibu pasrah sajelah. Hendaknya
si Ryzal ni akan jatuh cinta pd
Siti walaupun pd mulanya kawen
kerna ego punya hal. nak lagi..