sooooooooooorrrrrrrrryyyyyyyy...busy giler kowttt smpai terlupe terus nk post..huhuhu...ape2 pun harap anda semua terhibur!!
enjoyzzzz!!!
p/s::thanks to cik maisara mustafa sebab ingatkan saya utk post bab yg seterusnya..hikhik..muah2
opss..lupa lagi satu...mggu lepas cakap nk tukar tajuk...tajuk baru citer ni adelah peluk aku erat2...ok ke tak?? ke tajuk yg lama lagi ok??hehe...
Ucapan
tahniah tak henti-henti menyapa telinganya. Naik rimas dia mendengarnya. Kalau
tak dijemput, nanti apa pula kata mereka. Tapi kalau dijemput, inilah pula
jadinya. Ini pun Bob yang nasihatkan supaya melayangkan kad undangan kepada
warga sekolah. Ikutkan hati, malas dia nak buat. Nanti banyak pula spekulasi.
Mana taknya, angin tak ada ribut tak ada, tup tup nak kahwin. Mesti ada yang
fikir bukan-bukan.
“Amboi,
diam-diam saja Cikgu Siti ya? Tunang pun tak bagitahu.” Kecoh mulut Cikgu
Melati.
“Itulah.
Senyap-senyap saja. Kahwin dengan anak datuk pula tu. Bertuah kau Siti.”
Sambung Cikgu Ramlah pula. Siti Fatimah hanya senyum.
“Jemput
datang ya kak. Saya buat kecil-kecil saja.” Cakap banyak pun tak guna. Nak
datang, datang. Kalau tak nak, sudah.
“Dengan
Kak Akma pun Siti nak rahsia ya?” Siti Fatimah mengeluh perlahan. Mahu tak mahu
dia terpaksa juga ukir senyum. Memang salah dia.
“Bukan
nak rahsia kak. Siti sendiri pun tak tahu benda nak jadi secepat ni.” Memang
semuanya berlaku dengan pantas. Tak sampai seminggu lagi, dia akan bergelar
isteri kepada Ryzal. Macam tak percaya langsung.
“Kenapa
tiba-tiba? Jadi hari tu betullah cincin tunang ya?” Kak Akma tilik jari manis
Siti Fatimah. Tiada sebentuk cincin pun di situ. Kenapa pula?
“Pihak
lelaki yang aturkan semua. Siti ikut saja kak. Lagipun semua ahli keluarga Siti
setuju.” Soalan kedua tak dijawab. Tak penting kut.
“Dah
lama ke Siti kenal dengan bakal suami Siti ni?” Kak Akma belek semula kad
undangan perkahwinan yang dihulurkan kepadanya tadi. Cantik kad itu.
“Tak
adalah lama sangat.” Takkan nak cakap baru kenal sebulan. Mesti Kak Akma tak
percaya.
“Kesian
Firdaus. Tadi akak tengok dia termenung saja. Mungkin sedih sebab pujaan
hatinya nak kahwin. Siti tak jemput dia ke?” Kebetulan tadi dia ke kantin.
Firdaus sedang duduk di situ. Jauh termenung. Wajahnya kelat.
“Dah
bukan jodoh kami kak. Nak buat macam mana. Saya jemput semua orang.
Terpulanglah nak datang ke tak.” Buku-buku latihan pelajar yang sudah siap
bertanda disusun kemas. Dia pun perasan riak wajah Firdaus. Habis tu dia nak
buat macam mana.
“Harap-harap
Firdaus dapat terima dengan baik.” Siti Fatimah juga harap benda yang sama. Tak
timbul soal dia curang dengan Firdaus sebab dia tak pernah bercinta dengan
Firdaus. Terimalah kenyataan!
>>
Rumahnya
sudah riuh rendah. Semua adik beradik dah balik. Majlis hanya tinggal dua hari
lagi. Pelamin sudah cantik terpasang. Khemah juga dah sampai. Emak adalah orang
yang paling sibuk. Kak Teh tak boleh nak tolong banyak sebab keadaan dirinya
tak mengizinkan. Nasib baik ada Kak Long dengan Kak Chik. Kak Ngah dengan abang
Din baru saja sampai tadi.
Bob
janji nak hantar bajunya hari ini. Tapi sampai sekarang batang hidung lelaki
itu pun tak nampak lagi. Bukannya dia yang tak sabar nak tengok baju tu tapi
ahli keluarganya. Asyik-asyik suruh dia telefon Bob supaya hantar baju tu
cepat-cepat sikit. Ikutkan hatinya lagi bagus kalau Bob tak hantar. Tak adalah
sakit sangat hatinya bila tengok baju tu nanti.
“Mak
Ucu, kawan Mak Ucu yang lembut tu dah sampai.” Nak tergelak Siti Fatimah
dengar. Pandai sungguhlah budak kecil seorang ini. Iqbal tak berapa sukakan Bob
sebab Bob suka sangat menyakat dia.
“Tak
baiklah Iqbal ni. Uncle Bob.” Dah berapa kali Siti Fatimah ajar anak saudaranya
itu untuk memanggil Bob dengan panggilan itu. Tapi tak pernah diikutnya.
“Amboi,
kelas pelamin kau. Cakap tak ada hati nak kahwin, tapi pelamin meletop.” Tangannya sibuk membelek
perhiasan di pelamin.
“Shhh...Kau
ni agak-agaklah sikit kalau nak cakap. Ini rumah akulah. Nanti orang lain
dengar, mati aku.” Nasib baik tak ada orang berhampiran dengan mereka.
“Yalah,
aku tahu. Nah, ini baju kau. Lagi meletop
dari pelamin kau ni.” Beg plastik dihulurkan kepada Siti Fatimah. Siti Fatimah
menyambut hambar. Langsung tak teruja nak tengok.
“Pergilah
test. Nanti kalau ada masalah, sempat
lagi aku nak betulkan. Itupun nak kena bagitahu.”
“Malaslah.
Lantaklah nak jadi macam mana pun.” Langsung tak berminat. Bob tunjuk muka
geram. Suka sangat buat perangai.
“Dah
sampai dah bajunya? Cuba Siti pakai. Kak Long nak tengok. Nanti kalau ada
apa-apa yang tak kena, boleh dibaiki lagi.” Aduh, tak sukalah. Tangan Siti
Fatimah ditarik masuk ke dalam bilik.
“Kak
Chik pun nak tengok juga.” Terkedek-kedek Kak Chik berlari.
Siti
Fatimah menyarung baju pengantin. Baju putih yang nampak cantik ditaburi labuci
melekat cantik di badannya. Dia melihat pantulan imejnya di cermin. Dia tak nafikan
persalinan itu memang cantik. Yang tak cantiknya adalah wajahnya yang langsung
tak ada senyuman.
“Cantiknya!
Tak sabar Kak Chik nak tunggu hari nikahnya. Mesti adik Kak Chik ni cantik.”
Siti Syuhadah menilik penampilan adiknya. Taburan labuci di baju itu cukup
cantik.
“Dahlah
tu. Macam gatal-gatal aje badan Siti ni kena cucuk dengan labuci-labuci ni.”
Cepat-cepat bajunya ditukar. Tak betah untuk memakai baju itu lama-lama.
“Sebenarnya
dia takut basi masa hari nikah nanti. Pandai betul budak ni.” Perli Kak Long.
Siti Fatimah tak ambil pusing. Cakaplah apa sahaja. Yang penting dia
betul-betul tak selesa dengan pakaian itu.
“Jadi
macam mana? Dah ok?” Soal Bob. Dia rasa baju itu dah tak ada masalah. Dia dah
ikut betul-betul ukuran badan Siti Fatimah.
“Dah
cantik. Tak perlu dibaiki lagi.” Jawak Kak Long. Bob angguk puas hati.
“Kalau
macam tu, aku balik dululah Siti. Esok kalau sempat aku singgah. Kalau tak,
kita jumpa lusa sajalah.” Iqbal yang baru nak masuk ke dalam rumah berpatah
balik bila melihat Bob menuju ke pintu. Tak nak jadi mangsa Bob.
“Kau
tengok anak saudara kau tu. Takut betul dia dengan aku.” Bob geleng kepala.
Manalah dia tak geram. Comel sangat.
“Habis
tu kau yang tak henti-henti menyakat dia. Tentulah dia takut.” Tempelak Siti
Fatimah. Dia menghantar Bob hingga ke kereta. Seminggu ini dia tak sempat nak
singgah ke butik Bob. Banyak yang perlu dia uruskan. Tak sampai hati pula nak
tengok emak dan Kak Teh uruskan majlisnya.
“So, aku harap kau dapat bertahan sampai
hari Sabtu ni. Kau tak payah risaulah, adalah tu hikmahnya nanti.” Pujuk Bob.
Tak tahulah untuk kali yang keberapa.
“Kita
tengoklah sama-sama nanti apa yang akan berlaku. Yang penting, kau kena jadi
pengapit aku nanti. Kalau kau tak datang, siaplah kau.” Pintu kereta ditutup. Kereta
Bob dah berlalu pergi tapi Siti Fatimah masih di situ. Ada sebuah kereta sedang
menuju ke rumahnya. Macam kenal. Kereta itu berhenti betul-betul di hadapannya.
“Assalamualaikum.”
Siti Fatimah terpana. Firdaus!
“Waalaikumussalam.”
Siti Fatimah tak tahu nak buat apa. Nak kena jemput naik ke? Tapi majlis
perkahwinannya lagi dua hari.
“Saya
datang sekejap saja. Nak bagi ni.” Satu kotak cantik berbalut diserahkan kepada
Siti Fatimah. Wajahnya betul-betul muram. Siti Fatimah rasa serba salah.
“Terima
kasih. Tapi majlis saya lagi dua hari. Awak tak nak datang ke?”
“Saya
tak sanggup nak tengok orang yang saya cinta dan puja bersanding dengan orang
lain. Lagipun esok saya akan balik kampung. Apa-apa pun saya harap awak akan
bahagia. Dan lagi satu saya nak awak tahu yang saya akan tetap cintakan awak.”
Bergetar lutut Siti Fatimah mendengarnya. Begitu dalam cinta Firdaus
untuknya?
“Saya...saya...i’m sorry.” Lidahnya kelu. Hadiah
daripada Firdaus digenggam erat. Lelaki itu sudah hilang daripada pandangan.
Dia betul-betul minta maaf. Dia tak dapat nak balas cinta Firdaus.
“Siti,
siapa tadi tu? Kenapa tak ajak dia naik?” Haji Zailani mendekati anaknya. Dia
sudah berpeluh-peluh kerana membersihkan halaman rumah.
“Cikgu
sekolah Siti. Dia singgah sekejap aje ayah. Dia ada kerja lain.” Dengan ayah
pun dia boleh tipu lagi. Maaf, ayah!
>>
Siti
Fatimah menilik jemarinya yang merah. Macam-macam alasan dia bagi sebelum
akhirnya inai ini ditampal ke jemarinya. Bau wangi daun inai yang pernah
digemarinya dulu sudah tak menjadi kesukaannya lagi bermula hari ini. Dia benci
lihat warna merah kehitaman itu melekat di jarinya. Tak cantik!
“Kenapa
tak nak pakai pula. Kalau pakai barulah berseri sikit. Barulah nampak macam
pengantin baru.” Dalam keterpaksaan dia terpaksa hulurkan juga jari-jarinya.
Kalau boleh dia tak nak orang lain tahu yang dia baru kahwin. Kalaulah inai ni
boleh dikikis, kan senang!
Baju
nikah berwarna putih itu tergantung di dinding biliknya. Makin sakit hatinya
tengok. Cepat-cepat dimasukkan baju itu ke dalam almari. Rasa macam nak
tanggalkan semua perhiasan di katil pengantinnya. Rimas betul. Dengan bunganya,
dengan cadar satinnya. Pening! Kalau tak hias tak boleh ke? Macam mana nak
tidur? Rasanya boleh tergolek sampai ke bawah ni.
Suara
sanak saudara masih kedengaran riuh di luar sana. Dia malas nak turut serta.
Kalau keluar dari bilik, dia akan nampak semua persiapan yang meremukkan
jiwanya. Pelamin, khemah, tempat makan beradab, semualah. Dia benci nak tengok
semua tu. Kenapalah cepat sangat esok muncul?
“Siti,
boleh mak masuk?” Siti Fatimah mengangguk perlahan. Dia membetulkan duduknya.
“Macam
tak percaya pula anak mak dah nak jadi isteri orang esok.” Hajah Asmah
membetulkan rambut anaknya. Jemari anaknya yang merah ditatap. Dia gembira
sangat.
Siti
Fatimah hanya diam. Senyum pun tak ikhlas. Kalau emak tak percaya, dia lagilah
seribu kali tak percaya. Sudahlah tak pernah bersetuju nak kahwin. Tiba-tiba
kena kahwin. Tak ke macam tak masuk akal?
“Mak
harap Siti boleh jadi isteri yang baik. Yang solehah. Dengar pesan suami.
Hormat suami. Hormat keluarga mertua.” Tangan anak bongsunya digenggam. Sayu
hatinya. Mungkin selepas ini, Siti akan mengikut suaminya.
“Hidup
sebagai suami isteri ni kena banyak tolak ansur. Kena saling percaya. Siti kena
banyak bersabar. Janganlah selalu sangat merajuk. Kalau dengan mak, bolehlah
mak pujuk.” Siti Fatimah jadi sebak. Hajah Asmah juga. Siti Fatimah menundukkan
pandangannya. Tak boleh ke dia terus tinggal di sini dengan emaknya? Dia tak
sanggup nak berpisah dengan emak.
“Mak
sebenarnya bersyukur sangat. Akhirnya anak mak ni kahwin juga. Tapi bila dah
kahwin nanti, janganlah lupakan mak dengan ayah pula. Selalulah jenguk kami.”
Dia tak dapat nak tahan air mata lagi. Menitis laju menuruni pipi tuanya. Siti
Fatimah anak bongsu, jadi sayangnya itu lain sikit. Lagilah Siti Fatimah
ini memang manja sangat dengannya.
“Mak
janganlah sedih. Nanti Siti pun nangis sama. Mak tak payah risau. Hari-hari pun
Siti boleh balik. Lagipun, rumah Ryzal tu bukannya jauh sangat. Tak sampai
setengah jam pun.” Ryzal tak ada hak nak larang dia balik ke rumah emak dan
ayah. Dia setuju untuk kahwin pun dah cukup baik.
“Nak
balik pun mesti minta kebenaran Ryzal. Jangan balik sesuka hati. Nanti apa pula
kata datin. Ingat, sekarang ni Siti dah ada dua keluarga. Keluarga di sana pun
kena jenguk juga.” Anaknya ini bukan boleh dikira sangat. Dibuatnya dia nak
balik hari-hari, terasa pula keluarga mertuanya.
“Takkan
dia nak marah pula kalau Siti nak balik rumah mak. Bukannya Siti pergi tempat
tak elok pun.” Lainlah kalau dia pergi disko. Ada alasanlah juga kalau Ryzal
nak marah. Ah, tak kira. Ryzal izin ke tak izin ke, dia tetap akan balik juga
kalau dia nak balik.
“Tengok
tu, baru tadi mak pesan. Belum lagi jadi isteri dah nak buat perangai. Ingat,
syurga bagi seorang isteri itu terletak di tapak kaki suami tau. Jangan ingkar
cakap suami.” Siti Fatimah diam. Makin dia rasa terseksa. Macam kena penjara
dengan Ryzal.
“Dahlah.
Siti tidur. Esok nak bangun awal. Nanti ada pula pengantin yang tertidur tengah
akad nikah.” Hajah Asmah kucup ubun-ubun anaknya. Dia tatap wajah anaknya yang
bakal menjadi milik orang lain esok. Semoga anaknya akan bahagia hingga ke
akhir hayat.
Siti
Fatimah mengeluh berat. Tinggal beberapa jam lagi sebelum dia akan diijab
kabulkan. Perasaannya sekarang ini? Entahlah. Dia cuma dapat rasakan kesakitan.
Tak ada langsung kegembiraan. Air matanya gugur lagi. Masih adakah lagi sinar
kebahagiaan untuk dirinya?
p/s::komen sket eks..hehe..tq!!
ala kesian plak ngn siti. huhu ape la jadi pasnie kan. kak cpt2 smbg. kalo bleh nak n3 hari2. hehe
ReplyDeletenak baca sambungannya lagi..
ReplyDeletect sedih, ryzal macammana pula?
Bestnya cerita.... Mmg ternanti2kan entry seterusnya...
ReplyDeleteTajuk lama lagi best drp tajuk baru yg dicadangkan... Tajuk baru tu agak "menggeletis" sikit... if u get my drift... Hihihi.....