assalamualaikum...ape khabar semua pembaca hari ni??harap semuanya sihat..bg yg xsihat..semoga cepat2 smbuh..jgn lupa makan ubat
ok, ini bab yg seterusnya..terlewat sehari..sorry ya!!busy sket skrang nih..huhuhuhu...
sy mmg dalam perancangan utk tukar tajuk novel ni kpd peluk aku erat2...tapi nk tahulah jugak ape pendapat pembaca semua...setuju ke tak??ke tajuk yg sedia ada ni lebih baik?? bagila pendapat sket ye..hehe..
ape2 pun, harap korang semua enjoyzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
oppss...terlupa satu lagi..hehe..jgn lupa vote novel kedua saya iaitu HATI BILA CINTA yang telah terpilih sebagai 10 novel pilihan pembaca berita harian...vote tau!! tq..muahhh2
Siti
Fatimah Adrianna sudah cantik didandan. Mukanya disolek kemas oleh mak andam
yang merupakan kawan kepada Bob. Entah kenapa dadanya rasa gemuruh. Seram sejuk
satu badan. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya. Bila ditanya hanya
mengangguk dan menggeleng.
“Cantiknya
anak mak.” Puji Hajah Asmah. Siti Fatimah nampak berseri dalam pakaian anggun
itu. Tak sangka harinya dah tiba.
“Siti,
kau ok ke ni? Risau aku tengok kau. Dari tadi sepatah pun tak keluar dari mulut
kau.” Bob mengipas-ngipas dirinya yang terasa panas. Kipas sudah dipasang
paling laju.
Siti
Fatimah mengangguk lagi. Sebenarnya dia tak ok. Kenapa tiba-tiba dia rasa serba
salah nak teruskan majlis ini? Hatinya diserang rasa bersalah. Dia sedang
menipu semua orang sekarang. Apa yang perlu dia lakukan?
“Tengok
tu. Asyik angguk-angguk dari tadi. Kut ya pun takut, takkanlah sampai sepatah
perkataan pun kau tak boleh nak sebut?” Risau betul dia. Wajah Siti Fatimah
nampak pucat walaupun sudah disolek.
“Bob,
kau rasa betul ke apa yang aku tengah buat sekarang ni?” Akhirnya. Itupun
setelah mak andam keluar dari biliknya. Hanya ada dia dan Bob di dalam bilik.
“Alhamdulillah,
ada pun suara kau. Apa pula yang tak betulnya? Kau nak kahwinkan? Bukannya kau
nak pergi bunuh orang pun. Rilekslah Siti. Kau nak lari pun dah tak sempat
sekarang ni. Pihak lelaki dah nak sampai pun.” Hanya tinggal beberapa minit
sebelum majlis akad nikah dimulakan. Kalau Siti Fatimah tanya soalan itu
seminggu lepas mungkin masih boleh diusahakan sesuatu. Tapi salah Siti Fatimah
juga. Takut sangat nak berterus-terang. Dah jadi macam ni baru nak menyesal.
“Tapi
aku sedang tipu semua orang.” Dia genggam kedua-dua tangannya. Sejuknya
mengalahkan ais. Badan pun seakan menggigil.
“Siti,
kau dengar cakap aku ni. Kau nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Kau dah
nak nikah pun. Yang kau perlu buat sekarang, sabar. Kita tengok apa yang akan
berlaku nanti.” Masih cuba untuk memujuk Siti Fatimah. Hingga ke saat terakhir.
Siti Fatimah tunduk memandang lantai. Dia betul-betul tak dapat berfikir saat
ini. Kepalanya diangkat sedikit apabila mendengar bunyi pukulan kompang. Dah
tiba masanya!
“Pihak
lelaki dah sampai. Dah, tak payah nak sedih-sedih lagi. Nanti orang tengok, apa
pula yang dia orang fikir. Kau kena kuat semangat Siti. Kau kata kau tak nak
kecewakan mak ayah kau kan?” Sempat lagi dia mengeluh. Lemah seluruh badan.
Ketukan di pintu membuatkan hatinya makin tak keruan. Air mata dah nak
mengalir.
“Siti,
jom. Tok kadi dah panggil.” Kak Long memimpin tangannya keluar. Wajahnya hanya
ditundukkan. Mahu menyembunyikan rasa hati yang terpamer di wajahnya.
Ryzal
sempat melirik ke arah Siti Fatimah yang langsung tak mengangkat wajahnya. Dia
juga gementar sebenarnya. Sejak semalam dia tak lena tidur memikirkan hari ini.
Terfikir kembali apa yang sudah dia lakukan. Nak undur kembali pun dah tak
dapat. Mesti Siti Fatimah sedang menahan rasa. Biarlah!
Saat
akad nikah dilafazkan, Siti Fatimah dapat rasakan yang nafasnya seakan
tersekat. Dadanya rasa sesak. Saat tok kadi menyebut perkataan sah, dia dah tak
dapat nak tahan lagi. Air mata bercucuran keluar. Mungkin hadirin yang hadir
menganggap yang dia sebenarnya menangis kerana terlalu bahagia, tapi baginya
itu langsung tak berlaku. Hidupnya sudah hancur sekarang. Dia sudah sah menjadi
seorang isteri kepada seorang lelaki yang dia tak kenali dan dia benci.
Siti
Fatimah menyalami hadirin yang hadir. Dengan linangan air mata, dia cuba untuk
senyum. Saat Ryzal mencium dahinya tadi pun dia sempat membisikkan yang dia
bencikan lelaki itu. Ryzal tak berkata apa-apa sebaliknya menghadiahkan senyum
sinis kepadanya. Betapa sakit hatinya saat itu. Rasa nak tampar muka lelaki tak
guna tu.
“Alhamdulillah,
semuanya dah selamat. Lega hati saya ni datin.” Hajah Asmah mengucap syukur.
Tadi pun dia tak dapat menahan air matanya. Melihat Siti Fatimah yang terlebih
dahulu mengalirkan air mata, dia turut terpengaruh. Dia sangat-sangat gembira.
“Ish
kak Mah ni. Kan saya dah cakap, tak payah panggil saya datin. Kita kan dah jadi
besan. Itulah kak, saya pun rasa syukur sangat-sangat. Dah lama saya nak tengok
anak teruna saya tu bernikah. Akhirnya, sempat juga saya tengok.” Datin Hajah
Maria senyum bahagia. Ryzal dah selamat jadi suami orang. Harapnya nanti
anaknya akan berubah.
“Lepas
ni bolehlah kita tunggu hari nak timang cucu pula.” Beginilah kalau orang tua.
Dah kahwin, nak cuculah pula. Buat apa lagi nak tunggu. Mereka berdua tu pun
bukannya muda lagi. Dah sesuai sangat nak ada anak.
“Akak
tak sabar, saya lagi tak sabar. Cucu sulung.” Kalau boleh, biar bunting
pelamin. Tak payah nak rancang-rancang.
Siti
Fatimah memaksa dirinya untuk senyum di hadapan tetamu-tetamu yang datang.
Ryzal entah ke mana. Dia malas nak ambil tahu. Lantaklah. Tak ada lagi bagus. Dia
merapati Bob yang duduk tidak jauh daripadanya. Mungkin dah letih melayan
tetamu. Kesian Bob, tak pasal-pasal kena jadi pelayan.
“Bob,
kau nampak tak mamat sengal tu? Boleh pula dia biarkan aku layan tetamu seorang
diri? Memang sengallah dia tu.” Dia tak kisah kalau nak layan tetamu tapi dia
tak tahan bila orang asyik bertanya di mana suaminya. Takkan dia nak jawab tak
tahu. Belum sampai sehari kahwin dah menyusahkan hidup orang. Geram betul!
“Entah.
Tadi ada kat sini. Kenapa? Takkan dah rindu kut?” Sakat Bob. Kipas semakin laju
dikibas. Terik mentari semakin menyengat.
“Tak
ada maknanya nak rindu. Jangan mimpilah aku nak rindu dengan orang macam tu.
Kau tengoklah, belum sampai sehari dah menyusahkan hidup aku. Nanti esok lusa
aku tak tahulah macam mana. Boleh mati awal tau aku macam ni.” Bebel Siti
Fatimah. Dia betul-betul tak puas hati. Ryzal lepas tangan macam tu saja.
“Dia
sakit perut kut. Nanti datanglah dia tu.” Panjang lehernya menjenguk sekeliling.
Mencari-cari suami kawan baiknya.
“Hah,
panjang umur. Tu dia laki kau. Dah hilang dah songkok dia.” Sampin pun dah tak
ada. Mesti tak biasa pakai baju melayu. Maklumlah orang kaya.
Siti
Fatimah berpaling ke belakang. Dia hanya memandang sekilas. Tak kuasa nak
pandang lama-lama. Hatinya macam kena bakar bila tengok muka Ryzal. Langsung
tak nampak macam bersalah. Mamat tu tak ada perasaan ke? Apalah malang sangat
nasibnya.
“Maaflah
sayang. Abang solat Asar kejap tadi. Mesti sayang dah penatkan? Sayang dah
solat Asar ke?” Macam nak termuntah Siti Fatimah dengar. Boleh tak tolong
jangan nak berlakon sangat?
“Tak
payah nak berlagak baiklah kat sini. Bob, kau tolong bagitahu lelaki poyo kat
depan kau tu, naik bernanah telinga aku dengar dia panggil aku macam tu.” Siti
Fatimah berlagak macam nak muntah. Bob hanya tersengih memandang Ryzal. Tak
payah bagitahu kut, dah dengar sendirikan?
Ryzal
merapatkan badannya kepada Siti Fatimah. Oh, bernanah telinga ya. Nanti kau
tahulah nasib kau. Siti Fatimah mengundur sedikit. Dia tak selesa bila Ryzal
terlalu rapat dengannya. Tapi makin dia lari makin Ryzal merapatkan badannya.
Lelaki ni dah kenapa? Gatal tak bertempat. Agak-agaklah sikit. Ramai orang ni.
“Sayang,
abang laparlah. Jom temankan abang makan.” Ryzal pegang perut. Dia hanya makan
sikit saja tadi. Masa nak makan tulah orang itu nak ambil gambar, orang ini nak
ambil gambar. Lauk kat depan mata punyalah sedap. Sudahnya, orang lain yang
tolong habiskan. Telan liur sajalah.
“Tak
kuasa. Nak makan, pergilah sendiri. Dah tua-tua macam ni pun nak orang temankan
lagi. Bob, kau tolong bagitahu lelaki tu lagi, aku tak ada selera nak makan
kalau tengok muka dia.” Sekali lagi Bob sengih. Tak tahu nak buat reaksi apa.
Ini kali pertama dia tengok pengantin baru bergaduh di hari pernikahan. Macam
mana agaknya budak berdua ni nak hidup sama-sama nanti? Dah terbayang perang
besar.
Siti
Fatimah beredar dari situ. Tak pasal-pasal nanti ada gunung berapi yang
meletup. Dia menjeling tajam ke arah Ryzal. Sempat lagi Ryzal senyum sinis
memandangnya. Sakitnya hati. Tak ada perasaan ke apa mamat ni? Memang pelakon
handalan.
“Siti
Fatimah tu memang macam tu ke?” Ryzal mengambil duduk di hadapan Bob. Lelaki
lembut ini macam dah kenal lama dengan Siti Fatimah. Bolehlah dia korek rahsia
Siti Fatimah dengan Bob.
“Taklah.
Dia tu baik sebenarnya. Baik sangat. Mungkin dia tension kut sebab tiba-tiba
kena kahwinkan?” Bob sebenarnya tak selesa duduk dengan Ryzal. Bila ingatkan
apa yang lelaki itu dah buat pada Siti Fatimah, dia jadi geram. Tapi tak sampai
hati pula nak biarkan lelaki itu bercakap seorang diri. Tambahan pula, boleh tahan macho juga mamat ni.
“Dah
lama kenal dia?” Tetamu yang datang semakin berkurangan. Lauk pun dah habis
dijamu. Perutnya memang sedang berkeroncong sekarang ini. Laparnya!
“Lamalah
juga. Sejak sekolah menengah. Lagipun kami satu kampung.” Kipas masih setia di
tangan. Ryzal mengangguk faham.
“Dia tu macam mana ya sebenarnya?” Tak tahu kenapa dia nak sangat tahu mengenai isteri yang baru dinikahinya itu. Walaupun tak cinta, tapi Siti Fatimah tetap isterinya. Tanggungjawabnya.
“Kenapa
tak tanya dia sendiri?”
“Aku
rasa kau pun tahukan macam mana kami boleh kahwin. Aku rasa dia takkan
ceritakan apa-apa dengan aku.” Dia berani kerat jari kalau Siti Fatimah buat
macam tu. Tengok sajalah tadi.
“Aku
pun tak ada hak nak ceritakan perihal bini kau tu. Aku rasa lebih baiklah kau
tanya sendiri dengan dia. Lagipun, bukannya hari ni saja kau akan hidup dengan
dia. Lama-lama kau akan tahu juga Siti Fatimah Adrianna tu macam mana
sebenarnya. Tapi satu yang aku harap sangat daripada kau. Jangan sakitkan hati
dia sebab dia tu baik sangat. Aku tak sanggup nak tengok dia menangis
hari-hari.” Dia betul-betul harapkan itu daripada Ryzal tapi Ryzal macam buat
tak kisah saja. Rasa macam nak sepak saja lelaki ni. Patutlah Siti Fatimah
selalu makan hati pun.
>>
Beg
pakaian Ryzal disepak ke tepi. Geram dengan tuan, beg jadi mangsa. Ikutkan
hati, dia nak campak beg tu ke luar tingkap. Tak sudi nak terima kehadiran
Ryzal ke dalam biliknya. Pintu bilik pun dikunci. Pandai-pandailah ketuk kalau
nak masuk. Lagipun sempat juga dia nak pakai tudung.
“Eh,
Ryzal. Kenapa tak masuk dalam bilik? Siti mana?” Soal Hajah Asmah bila dilihat
menantunya hanya berdiri di luar bilik. Takkan malu kut?
Siti
Fatimah cepat-cepat capai tudung. Ryzal ada di luar. Mesti lelaki itu nak
masuk. Rimas betullah kena berkongsi bilik. Dahlah dengan lelaki. Tak ada
privasi langsung.
“Pintu
terkunci mak. Siti ada di dalam.” Ryzal tahu mesti Siti Fatimah sengaja kunci
pintu. Tak mahu dia masuk. Ingat senang ke nak lepas daripada Ryzal? Tunggulah
nanti.
“Ya
Allah Siti ni. Takkan dah lupa kut dia tu dah ada suami. Dulu bolehlah
suka-suka hati dia nak kunci pintu. Tak apa. Biar mak panggilkan.” Pintu bilik
anaknya diketuk. Nama itu diseru beberapa kali sebelum Siti Fatimah membuka
pintu. Hajah Asmah geleng kepala.
“Kenapalah
kamu kunci pintu ni Siti. Kesian Ryzal nak masuk.” Siti Fatimah garu kepala.
Ryzal dah senyum sinis. Dia menang kali ini.
“Lupa.”
Senang dia menjawab. Mahu tak mahu dia terpaksa juga benarkan lelaki itu masuk
ke dalam biliknya. Pintu bilik tak ditutup. Sengaja.
“Kenapa
tak tutup pintu tu. Tak malu ke nanti ada orang tengok?” Ryzal merapati pintu
bilik seraya menutupnya. Sekarang, masa aku pula nak balas dendam.
Siti
Fatimah tak berganjak dari tempat duduknya di hujung katil. Anggota badannya
jadi kaku. Dia tak biasa duduk berdua-duaan dengan lelaki begini. Ya Allah,
tenangkanlah hatiku.
Ryzal
keluarkan baju tidur dari begnya. Macam mana dia nak salin pakaian? Tak ada
tandas dalam bilik. Akal nakalnya segera berfungsi. Ah, depan bini. Bukan orang
lain pun. Tak berdosa pun. Selamba dia membuka bajunya. Siti Fatimah
membulatkan mata. Kurang ajar!
“Kenapa?
Malu ke? Bukannya berdosa pun tengok badan suami sendiri.” Perli Ryzal. Siti
Fatimah memeluk kejap bantal bersarung satin. Tolonglah!
Ryzal
mendekati Siti Fatimah. Dia sekadar nak mengusik. Tapi kalau Siti Fatimah
menyerah diri, dah jadi rezekinya. Siti Fatimah menahan debar. Apa mamat ni nak
buat? Jangan nak macam-macam ya.
“Awak
kena tidur kat bawah.” Siti Fatimah bingkas bangun. Sebiji bantal dilempar ke
bawah. Tak ada tilam. Ah, lantaklah. Padan muka. Siapa suruh kahwin dengannya?
“Kenapa
pula? Kita kan suami isteri. Kenalah tidur sama-sama.” Lembut suara Ryzal.
Meremang bulu roma Siti Fatimah. Jangan nak mimpilah.
“Tak
ada maknanya. Saya dah ikut kata awak supaya kita berkahwin. Sekarang, awak
kena ikut cakap saya pula. Jangan harap saya akan tidur dengan awak. Dah, tidur
bawah.” Siti Fatimah peluk tubuh. Selagi Ryzal tak turun ke bawah, selagi tu
dia akan berdiri di situ.
“Tak
nak. Kalau awak nak tidur kat situ awak tidurlah. Saya nak tidur kat sini.”
Ryzal merebahkan tubuhnya ke tilam. Memeluk bantal peluk erat.
“Eh,
tak payah nak mengada-ngada. Tu katil saya. Awak tak ada hak nak tidur atas tu.
Baik awak turun sekarang.” Siti Fatimah cekak pinggang. Bantal peluknya.
“Tak
nak.” Ryzal pura-pura tutup mata. Selimut dibawa ke badannya. Selesa juga tidur
atas cadar satin ni. Sejuk aje.
“Ryzal,
sekali lagi saya cakap. Baik awak turun sebelum saya...” Siti Fatimah dah nak
menangis. Katilnya dah tercemar. Ryzal jahat. Kenapa selalu nak sakitkan
hatinya.
“Sebelum
awak apa? Nak tidur sebelah saya?” Ryzal tepuk tilam di sebelahnya. Siti
Fatimah ketap bibir geram. Ryzal dah melampau.
“MAAAAAKKKKK!!!!”
Kuat. Terlopong Ryzal. Serta-merta dia bangkit daripada pembaringan. Apa yang
Siti Fatimah cuba lakukan?
Turun
naik nafasnya menahan perasaan. Apa nak jadi pun jadilah. Asalkan dia puas
hati. Jangan Ryzal ingat dia akan mudah mengalah. Tidak sama sekali.
“Siti,
kenapa?” Siti Fatimah berpaling ke pintu biliknya. Emaknya ada di luar. Dia
telan liur. Alamak, apa dia nak bagi alasan? Aduh, macam mana dia boleh lupa
yang ahli keluarganya ada di luar? Mahu tak mahu dia terpaksa juga buka pintu.
“Ada
lipas besar.” Idea yang datang tiba-tiba. Agak-agak mak percaya tak?
“Ya
Allah. Mak ingatkan apalah tadi. Kamu ni tak habis-habis takut dengan lipas.
Mana lipasnya?” Hajah Asmah urut dada. Jeritan kuat Siti Fatimah buatkan dia
terperanjat. Manalah tahu ada apa-apa yang buruk berlaku. Lipas rupanya.
“Dah
lari.” Nasib baik dia masih tak kering idea. Ryzal masih terpaku di tempatnya.
“Hai
Siti, dah ada suami pun masih panggil mak lagi? Suruhlah Ryzal halau lipas tu.”
Sampuk Kak Long yang turut sama terkejut dengan jeritan adiknya. Kak Ngah dan
Kak Teh pun ada sekali. Malulah pula.
“Dah,
pergilah masuk tidur. Mak pun dah mengantuk.” Merah padam mukanya menahan malu.
Kak Teh dan Kak Long tak habis-habis gelak.
“Kau
ni dah kenapa? Sengaja nak malukan aku?” Ryzal tak dapat tahan marahnya. Tak
pasal-pasal dia terbabit sekali.
‘Amboi,
cantiknya bahasa. Ok, kalau kau boleh cakap kasar, aku pun boleh. Ingat aku ni
lembik sangat ke? Setakat lelaki macam kau, tak ada hallah aku nak kenakan.’
Matanya mencerlung ke arah Ryzal.
“Kau
yang cari pasal dulu. Apa, ingat kau boleh senang-senang nak kenakan aku?
Tolong sikit. Dah, berambus kau dari katil aku.” Gilirannya pula duduk di atas katil.
Tak akan berganjak lagi kali ini.
“Pergi
mampuslah kau dengan katil kau tu. Ingat aku hadap sangat ke nak tidur atas
katil buruk kau tu? Dahlah tilamnya keras.” Bebel Ryzal. Dia membaringkan badan
di atas lantai. Sejuknya. Macam mana nak tidur ni? Dahlah keras.
“Woi,
takkan rumah kau ni tak ada tilam lebih? Macam mana aku nak tidur kalau macam
ni?” Ryzal bangun semula. Siti Fatimah dah siap berbaring tapi bangun semula
tak lama kemudian. Dia menuju ke almari. Mencari-cari sesuatu di dalamnya.
Nasib baik dia masih ada hati perut. Kalau tak, lantaklah kalau Ryzal tak boleh
tidur pun.
“Nah.”
Diserahkan tilam nipis kepada Ryzal. Itu saja yang ada. Yang lain semuanya dah
digunakan oleh anak-anak saudaranya.
Ryzal
pandang tilam nipis yang diberikan Siti Fatimah. Macam sama saja dengan tidur
atas lantai. Ah, asalkan ada alas. Kalau tak, mahu sakit-sakit badannya esok.
Siti
Fatimah pejam mata. Memang dia penat tapi matanya tak nak lelap. Bukan apa,
bimbang kalau-kalau Ryzal bertindak di luar kawalan. Bukan boleh percaya sangat
dengan lelaki macam tu. Dijenguk sedikit ke bawah. Ryzal dah tidur. Hanya
beralaskan narita dan sebiji bantal. Mesti dia tak selesa. Maklumlah orang
kaya. Ah pedulilah. Ryzal yang pinta semua ini. Sekarang tanggunglah sendiri.
p/s: bagi pendapat sket tau..hehe
alamak.... sebenarnya saya suka sgt cerita ni... Tapi entry kali ni dah jadi klise dgn berlambak2 cerita yg lain. Kawin paksa, sorang tidur atas katil, sorang tidur kat tempat lain...
ReplyDeletewas hoping that ada storyline yg berlainan... Walaupun kawin paksa, tetapi siti fatimah masih boleh mengenakan ryzal dgn cara yg subtle dan berhemah... tapi tetap mengena....
minta maaf jika komen ni menghuris perasaan...
haha..tq sbb komen...itu yg sy nk dengar..xper..mmg sy tak kisah...sy pun secara jujurnya pun bosan ngan citer macam ni..tapi ini yg diminta..sy buat saja..hehe...tq2..
ReplyDeletehuhu. ubah la cik writer. plez.
ReplyDeletecepat2 postkan yang seterusnya...:)
ReplyDeletebest..!!!!
x sabar nak tnggu yg selanjutnye...cepat2lah postkan yg seterusnye..!!!best..:)
ReplyDeleteyan_chan..ubah ape??jalan cerita??tajuk??hehe
ReplyDeletenak lagi, masing masing tak mau
ReplyDeleteberalah ye...agaknya siapa yg
akan menang ye...cpt sambung.
The best!! Buku ni x mcm buku yg lain2..Xdelah nak ulang beratus kali nak beritau mamat hensem, org tu kaya. X meluat baca buku ni. Klu buku lain dari mula spi sudah asik ulang nak beritahu kekayaan org tu lah, kejelitaan pompuan tulah.. Seriusly best..Kalau baca berulang kali pun x bosan.
ReplyDeleteWalaupun storyline dia sama ngan novel yg lain tetapi gaya penyampain tu yg bagus...
alhamdulillah syukur. terima kasih cik syikin azizan... :)
ReplyDelete