2012-06-25

jangan merajuk sayang 18


assalamualaikum....hehe..disebabkan saye xder mood nak wat keje lain hari ni...jadi bolehlah sy post awal2 nih..haha...giler xder mood hari nih..semua keje pun tak jalan..xtau la kenapa..tolong3...
ape2 pun..harap korang semua enjoyzzzzzzzzz!!!

 
Bab 18

Siti Fatimah terus keluar dari bilik selepas dia kejutkan Ryzal untuk solat subuh. Itupun setelah beribu kali fikir. Tak tahulah Ryzal bangun ke tak. Dia berbaring di sofa sebelum menapak ke dapur. Emaknya sudah tercongok di situ bersama Kak Long.

“Awalnya pengantin baru bangun.” Usik Kak Long. Dia sedang menceduk nasi di dalam periuk untuk dijadikan nasi goreng.

“Ayah mana mak?” Malas nak layan usikan kakaknya. Nanti mengarut-ngarut jadinya. Takkan ayah dah pergi kebun kut? Tak penat ke?

“Mak suruh dia ke kedai Pak Dollah tu. Beli kuih sikit.” Siti Fatimah mengangguk. Ayam masak merah lebihan semalam yang sudah dipanaskan disuakan ke mulut. Sedap pula. Dalam diam-diam habis juga dua ketul.

“Ryzal dah bangun ke?” Tanya Hajah Asmah.

“Entah.” Acuh tak acuh Siti Fatimah menjawab. Tak ada perasaan langsung nak ambil tahu.

“Pergilah tengok. Manalah tahu dia perlukan apa-apa. Dia bukannya biasa lagi dengan rumah kita ni.” Siti Fatimah buat-buat tak dengar. Pandai-pandailah nak hidup. Dia bukannya orang gaji lelaki itu.

“Sunyi pula budak-budak tu tak bangun tidur lagi. Nak pergi kejutkan dia oranglah.” Siti Fatimah melarikan diri ke dalam rumah. Anak-anak saudaranya berderet tidur di ruang tamu. Kalau seorang tak bangun, tak bangunlah semuanya. Tunggu, biar Mak Ucu tolong bangunkan.

Siti Fatimah mendekati salah seorang anak saudaranya. Sedapnya dia tidur. Langsung tak sedar yang Mak Ucu ada di sebelah. Perlahan-lahan dia menarik hidung si kecil itu. Si kecil menepis, kemudian menyambung kembali lenanya. Siti Fatimah tak jadi nak menyakat bila melihat si kecil betul-betul nyenyak tidurnya. Mesti letih seharian bermain semalam. Agak-agaknya, macam manalah keadaannya kalau dia ada anak? Mesti comel macam anak-anak saudaranya juga.

Siti Fatimah membayangkan keadaan itu. Pulang dari kerja, anak-anak sudah menanti dengan senyuman. Sebelum tidur, dibacakan buku cerita untuk mereka. Bangun pagi diceriakan dengan keletah manja anak-anak. Ah, seronoknya berangan. Tak sampai seminit, dia turut sama menyertai anak-anak saudaranya di situ. Tenggelam dibuai mimpi.

“Huh, beria nak kejutkan anak-anak. Alih-alih, dia yang tidur sekali. Bertuah punya budak.” Siti Salihah geleng kepala melihat adiknya. Dah jadi bini orang pun masih juga dengan perangai lamanya.

>> 

Ryzal menggosok-gosok bahunya yang terasa sengal-sengal. Bahana tidur atas lantai dengan tilam yang nipis. Satu badan rasa sakit. Boleh ke dia bertahan lagi untuk beberapa malam lagi? Tak boleh balik rumah lagi ke? Dia menjengah ke luar rumah. Siti Fatimah tak nampak di mana-mana. Mana pula pergi perempuan seorang ini? Dah puas dia cari.

“Cari Siti ke Ryzal?” Tegur Haji Zailani. Ryzal mengangguk.

“Dia keluar tadi dengan budak-budak tu. Katanya nak pergi jalan-jalan. Siti kata kamu izinkan dia pergi.” Haji Zailani kerut dahi. Takkan anaknya nak menipu pula?

Ryzal tercengang. Bila masa pula Siti Fatimah minta kebenarannya untuk keluar? Jumpa pun tak sampai seminit. “Oh, ya. Lupa pula saya.” Terpaksalah pura-pura juga. Memang cari masalahlah perempuan ni. Siaplah dia balik nanti.

“Hah, panjang pun umur. Tu dia dah balik.” Kereta milik Siti Fatimah memasuki perkarangan rumah. Panjang leher Ryzal menjenguk ke luar. Memang nak kena perempuan ni.

“Sayang pergi mana ni?” Siti Fatimah buat muka menyampah. Berbulunya telinga dengar Ryzal panggilnya begitu.

“Pak Ucu, kenapa Pak Ucu tak nak ikut? Best. Mak Ucu belikan aiskrim.” Becok mulut Iqbal bercerita. Bajunya pun sudah kotor dek terkena aiskrim.

“Ya? Mak Ucu tak ajak Pak Ucu pun. Jahatkan Mak Ucu?” Siti Fatimah terus berjalan memasuki rumah. Langsung tak menghiraukan Ryzal yang sedang melayan anak-anak saudaranya.

Iqbal anggukkan kepala. Ryzal masih tak dapat nak mengingat nama anak-anak saudaranya. Ramai sangat. Yang dia kenal hanyalah Iqbal sebab Iqbal selalu bercakap dengannya. Yang lain masih lagi malu-malu. Ryzal segera mendapatkan Siti Fatimah. Ada sesuatu yang dia nak selesaikan.

Siti Fatimah menuju ke dapur. Mahu menyelamatkan diri daripada Ryzal. Mesti Ryzal tak dapat nak buat apa-apa kalau ahli keluarganya ada di situ. Jangan harap lelaki itu boleh marah sesuka hati.

“Ryzal, marilah sini. Kita makan pisang goreng. Siti, tuangkan air untuk Ryzal.” Siti Fatimah mengunyah pisang goreng yang masih panas. Tak boleh nak bersenang-senang sikit. Ada saja muka lelaki tu menyemak.

“Sayang, boleh tak tolong abang sekejap?” Perlahan tapi masih boleh didengar oleh ahli keluarga yang ada di situ. Apa lagi, banyaklah bunyinya. Berdehemlah. Batuk-batuklah. Siti Fatimah tak terkata dek menahan malu. Apa lagilah yang lelaki ini nak. Tak menyusahkan orang sehari tak boleh.

Siti Fatimah mengekori Ryzal ke bilik. Ini mesti tak ada benda lain. Nak mengamuklah tu. Bosannya hidup macam ni. Kenapalah dia boleh tersangkut dengan mamat macam ni? Dahlah macam singa lapar, banyak kerenah pula tu. Itu tak kena ini tak kena. Semuanya tak kena.

“Kenapa kau keluar tak beritahu aku? Kau ingat sikit, aku ni suami kau. Berdosa tau keluar tak minta izin suami.” Suaranya masih dapat ditahan lagi. Tak mahu didengar sampai ke luar.

“Suami? Habis tu yang kau paksa-paksa orang nikah dengan kau tu tak berdosa? Kalau nak cakap tu, fikir dulu.” Tempelak Siti Fatimah. Jangan nak cakap pasal dosa pahala kalau diri sendiri pun tak betul.

“Kau memang sengajakan nak cabar aku?” Siti Fatimah memang tak semudah yang disangka. Hatinya keras. Nak menyesal pun dah tak ada guna.

“Kenapa? Kau dah tercabar ke? Ke kau takut?” Berani betul. Ryzal bukannya boleh buat apa-apa pun. Ini rumahnya. Ahli keluarganya ramai di luar. Kalaupun Ryzal berani nak sakitkannya, dia rela. Biar semua orang tahu perangai lelaki yang dianggap pijak semut pun tak mati ni.

Ryzal ketap bibir menahan geram. Rasa nak tampar saja mulut perempuan di hadapannya ini. Siti Fatimah langsung tak rasa takut atau bersalah. Baik, kalau Siti Fatimah nak main kasar dengannya, dia pun boleh buat juga.

Pergelangan tangan Siti Fatimah digenggam erat. Dia menarik Siti Fatimah keluar dari bilik. Dia akan pastikan Siti Fatimah akan menyesal sebab mencabarnya.

“Kau nak buat apa ni?” Siti Fatimah cuba melepaskan genggaman tangan Ryzal. Sakit tahu tak?

“Mak, saya dengan Siti terpaksa balik malam ni. Tiba-tiba saja pekerja saya call tadi bagitahu ada masalah di tapak pembinaan. Jadi, saya kena masuk kerja esok.” Siti Fatimah melopong. Apa kena dengan Ryzal ni? Bila masa pula dia dapat panggilan? Bukan ke Ryzal cakap dia bercuti hingga hujung minggu ni?

“La, ya ke? Habis tu kena balik jugalah ya malam ni? Tak boleh ke pergi kerja dari sini?” Macam berat hati saja nak berpisah dengan Siti Fatimah.

“Mula-mula pun saya fikir macam tu mak. Kesian juga dengan Siti. Tapi saya tak bawa baju kerja. Terpaksa juga balik.” Siti Fatimah diam membatu. Mukanya masam mencuka. Air mata macam dah menitis tapi dia tahan seboleh mungkin. Ryzal memang kejam!

“Betul juga tu. Tapi kamu makan malam di sini dululah ya?” Ryzal mengangguk.

“Boleh tak kalau saya tak ikut? Lagipun awak boleh balik sini lepas kerja esokkan?” Dia mengharapkan simpati Ryzal. Dia tak mahu balik ke rumah Ryzal. Dia tak nak.

“Ish, ada ke macam tu. Nanti apa pula kata mak mertua kamu. Lagipun, tempat seorang isteri itu di sisi suami. Kamu dah lupa pesan mak ke Siti?” Terus hilang semangatnya. Emak pun dah menyebelahi Ryzal.

“Siti nak kemas baju.” Lemah langkahnya. Betul-betul tak puas hati. Kenapa Ryzal asyik nak mendera perasaannya? Apa kesalahan besar yang dia dah buat pada Ryzal?

Ryzal mengekori isterinya dari belakang. Dia senyum menang. Padan muka. Nak cabar sangatkan? Jangan harap Siti Fatimah akan menang. Dia tak akan biarkan perempuan itu menguasai dirinya.

“Apa masalah kau sebenarnya? Apa aku dah buat dekat kau sampai kau nak dera aku sampai macam ni?” Dadanya berombak kencang menahan marah. Tangan dikepal kemas. Mahu saja penumbuknya singgah ke pipi Ryzal.

“Kau yang mulakan. Lagipun aku tak tahanlah tidur atas lantai. Sakit kau tahu tak?” Badannya masih rasa sengal-sengal. Dia menuju ke almari. Mengeluarkan baju-bajunya dan dicampak ke katil

“Kau kemas ni. Lepas makan malam kita gerak.” Siti Fatimah mencerlung tajam ke arah Ryzal. Banyak cantik muka kau nak suruh aku kemas.

“Kau yang nak balik sangatkan? Kau kemaslah sendiri. Nak pegang baju kau pun aku jijik.” Siti Fatimah mendengus geram. Kakinya dihentak kuat melangkah ke luar. Makin lama dia duduk dengan Ryzal dalam bilik tu, makin gila dibuatnya. 

Ryzal ketawa puas. Makin Siti Fatimah marah makin dia suka. Dia beralih ke tingkap. Anak-anak saudara Siti Fatimah sedang galak bermain di halaman rumah. Tak jauh dari situ, dia nampak Siti Fatimah mendukung si kecil. Dia sendiri pun tak tahu anak siapa. Leka dia memerhati sehingga tak sedar dia senyum sendiri melihat keletah budak-budak itu. Siti Fatimah pun nampak gembira. Senyum tak lekang dari bibirnya. Manis wajahnya. Suka dia tengok. Tak pernah Siti Fatimah senyum begitu padanya. Kalau Siti Fatimah tak garang dengannya, mungkin dia boleh berlembut dengan wanita itu.

>> 

Sepanjang perjalanan Siti Fatimah hanya membatukan diri. Ditanya pun tak berjawab. Marah benar nampaknya. Ryzal tak ambil pusing sangat. Lantaklah nak merajuk ke apa. Asalkan dia dapat balik ke rumahnya dan yang paling penting dapat tidur atas katil.

“Ya Allah, kenapa tak bagitahu mama nak balik sini?” Terkocoh-kocoh Datin Hajah Maria mendapatkan anak dan menantunya. Kalau ikut perancangan asal, mereka akan berada di rumah Siti Fatimah hingga hujung minggu ini. Lagipun, Ryzal masih bercuti.

“Tiba-tiba Siti ajak Ryzal balik sini.” Selamba Ryzal gunakan nama Siti Fatimah sebagai alasan. Menyirap darah Siti Fatimah.

“Ryzal cakap dia kerja esok.” Tak nak kalah. Jangan harap semudah itu dia nak mengalah.

“Kerja? Kerja apa? Ryzal kan cuti sampai hujung minggu ni?” Berkerut dahi Datin Hajah Maria. Takkan suaminya tiba-tiba suruh Ryzal masuk kerja kut?

Ryzal tak menjawab. Dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Merebahkan diri di atas sofa dan membiarkan Siti Fatimah terkontang-kanting seorang diri mengangkat beg-beg pakaian. Kalau di rumah Siti Fatimah, perempuan itu berkuasa, sekarang di rumahnya, dia pula yang akan berkuasa sepenuhnya.

“Eh, budak bertuah ni. Ada ke dia suruh bini dia yang angkat beg. Ryzal, angkat beg kamu ni naik atas.” Ryzal buat tak dengar. Siti Fatimah tak tahu nak ke mana. Ini kali pertama dia ke rumah besar ni. Manalah dia tahu bilik di mana.

“Letak sajalah di situ. Nanti Ryzal angkat.” Ryzal menekan punat alat kawalan jauh televisyen. Bosan pula rasanya. Telefon bimbit dikeluarkan. Dia menaip sesuatu sebelum menyimpan semula telefon bimbitnya.

“Jom sayang. Abang tunjukkan bilik.” Inilah masanya nak kenakan Siti Fatimah. Siti Fatimah minta diri untuk naik.

“Eh, abang. Kenapa tak bagitahu nak balik?” Kebetulan Nadia keluar dari biliknya. Dia lempar senyum manis kepada kakak iparnya.

“Saja nak balik.” Ryzal membuka pintu biliknya. Siti Fatimah hanya mengekori dari belakang. Dia pandang sekeliling bilik. Agak besar. Susun atur bilik pun kemas. Memanglah boleh kemas kalau ada orang gaji.

“Malam ni, giliran kau pula tidur atas lantai. Tapi kau kira bernasib baik sikitlah sebab ada karpet.” Ryzal merebahkan badannya ke katil. Leganya rasa. Hilang rasa sakit di badan.

Siti Fatimah hempas beg. Oh, jadi inilah sebabnya Ryzal nak sangat balik rumah dia. Nak balas dendam rupanya. Tak apa. Ingat dia tak boleh nak lawan ke?

“Tak gentleman langsung. Ada ke suruh perempuan tidur atas lantai?” Siti Fatimah mencebik. Sengaja nak menaikkan amarah Ryzal. Dia tahu lelaki itu pantang dicabar.

“Ah, pedulilah. Yang penting kau kena tidur di bawah.” Gentleman tak gentleman. Dendam mesti dibalas.

“Rumah kau ni besar. Mesti banyak bilik jugakan? Jadi bolehlah kalau aku tidur dalam bilik lain pun. Kau tak kisahkan?” Pedulilah apa nak jadi pun asalkan dia dapat tidur atas katil.

“Jangan nak mimpi. Nanti kalau mama dengan papa nampak kau nak jawab apa?” Suka sangat buat sesuatu tanpa berfikir dulu. Pendek akal betullah minah ni.

“Biarlah dia orang nampak pun. Biar dia orang tahu yang anak dia ni memang tak guna.” Ryzal mendengus geram. Rasa macam nak tampar-tampar saja muka perempuan di hadapannya ini.

“Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?” Niat nak kenakan Siti Fatimah, tapi dia pula yang terkena. Memang bukan calang-calang perempuan bininya ini.

“Siapa pula yang nak menyusahkan kau? Aku nak senangkan kaulah ni. Kalau aku duduk bilik lain, bolehlah kau bebas sikit. Tak adalah nanti nak berebut bilik air ke, berebut katil ke. Betul tak?” Siti Fatimah senyum menang. Ryzal dah tercabar. Dia tak akan mengalah sampai dia dapat tidur atas katil.

“Tak. Aku tak akan benarkan. Kau tidur saja atas lantai tu.” Ryzal dah cekak pinggang.

“Kau tak ingat ke apa aku buat semalam? Ke kau dah rindu nak dengar suara nyaring aku lagi sekali?” Ugut Siti Fatimah. Boleh aje kalau nak suruh dia menjerit. Tak ada masalah.

“Kau memang sengajakan?” Ryzal tak puas hati. Ada saja ideanya nak melawan. Kenapalah dia boleh setuju nak kahwin dengan perempuan ni? Menyusahkan hidup betul.

“Kau yang cari penyakit.” Perlahan-lahan Siti Fatimah bergerak ke katil. Dia menghenyakkan punggung di atas tilam empuk itu. Patutlah Ryzal nak sangat balik rumahnya. Memang empuk tilamnya. Kalau tidur mesti susah nak bangun.

“Ah, suka hati kaulah.” Ryzal mengalah. Siti Fatimah senyum. Dia menang lagi. Ryzal terus keluar dari biliknya. Malas nak terus bertikam lidah dengan Siti Fatimah. Buat sakit hati. Lebih baik dia pergi jumpa Norman.

“Yes!” Siti Fatimah ketawa suka hati. Tak sangka pula secepat itu Ryzal akan mengalah. Ah, itu lagi bagus. Nak suruh orang tidur atas lantai konon. Jangan harap!

p/s::komen tau..huhu...
hah, lg satu..macam xder respon pun pasal saya nk tukar tajuk citer nih..hmm..xper..fikir lagi..
bye2!!

7 comments:

  1. bila nak loving2.. nie... teruja nak tahu bab seterusnye.,..

    pasal tajuk saya rase da ok tak yah ubah dan terus usaha anda untuk berkarya :)

    ReplyDelete
  2. nak lagi.. nak lagi... cpt sambung
    jgn tak sambung ye... setia menanti
    utk n3 baru.

    ReplyDelete
  3. wah...
    mmg pas nie ryzal akan kena ngalah je la ngn si fatimah nie..
    br tau penangan ppuan yg dia kata kampung sgt tu kan..
    hahaha....

    writer tajuk dia da ok da..
    nk tukar gak ker???

    ReplyDelete
  4. ::thank u guys!!hehehe...
    ttg tukar tajuk tu kena fikir balik la kut.huhu..ape2 perkembangan akan diberitahu kelak

    ReplyDelete
  5. Best jugak jln cite nye....arinie br tjmpa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis anis..hehe..xpe stok novel ni byk lg...hehe

      Delete