macam ade yg angkat kening kan???hahahahahaha...perahsantan sunggooohhh...tapi xper...i tahu uolllsss malu2 arnab...kuikui...lagipun i mmg baik hati...bukan arini jer tawwww....yes...lynn baik...lynn baik...lynn baik...boleh blah!!!
ok, abaikan minah senget ni..silalah duduk mengadap dan mmbaca...esok exam..kuikuikuikuikui
Bab 6
Suasana perkarangan sekolah agak riuh-rendah. Hari ini
keputusan SPM diumumkan. Ramai bekas pelajar tingkatan lima tahun lepas yang
datang. Ibu bapa juga ada yang datang. Sama-sama nak meraikan kejayaan anak
masing-masing. Pasti ada yang bercucuran air mata nanti. ‘Drama’ biasa yang
tertayang setiap tahun setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan tak kiran
PMR ataupun SPM.
Ika meninjau keadaan sekeliling dari tingkat atas
kelasnya. Hatinya turut sama berdebar-debar. Entah bagaimana keputusan
peperiksaan kali ini. Doanya biarlah semua seniornya mendapat keputusan yang
cemerlang. Kelihatan beberapa wajah yang pernah dikenalinya. Dari jauh dia
dapat melihat lelaki tinggi itu. Lelaki yang selalu mengejeknya. Entah
bagaimana keputusan yang lelaki itu dapat. Ah, lantaklah. Tak ada kena mengena
dengan dirinya.
“Ika, jom kita turun nak?” Syarifah muncul secara tiba-tiba
di sebelahnya. Panjang lehernya meninjau ke bawah. Teruja untuk turut sama
merasai detik-detik ‘cemas’ itu.
“Malaslah. Lagipun, nanti kalau cikgu masuk kelas, mati
kita.” Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia turun ke bawah sana.
“Alah, tak apa. Cikgu pun sibuk agaknya.” Ika sekadar
menggeleng. Dia tak kuat nak turun ke bawah sana. Hampir tiga bulan dia tak
mendengar kata-kata ejekan dan perli. Dia rasa aman. Melihat sahaja wajah
pelajar lelaki yang selalu mengejeknya itu buat dia makin tawar hati nak turun.
“Kau pergilah. Aku tak nak.” Syarifah mencebik
“Tak nak sudah. Aku turun dulu. Mas, jom ikut aku turun
bawah.” Laung Syarifah. Mas yang berada di dalam kelas bingkas bangun. Pantang
diajak, terus mengikut.
Ika hanya memerhati. Tak apalah, dapat memerhati dari
jauh pun tak apa. Suara keriuhan makin kuat kedengaran bila semakin ramai yang
datang. Debaran juga makin kuat. Matanya makin ligat memerhati kumpulan bekas
pelajar di bawah sana. Masih tak jumpa kelibat orang yang dinanti.
Ika sedikit hampa. Jam tangan ditilik. Hanya menunggu
detik sahaja ini tapi kenapa dia tak datang-datang lagi? Tak nak datang ke?
Tapi takkan lah tak nak datang. Hari penting ni.
‘Oi Ika, kau tak ingat ke apa dia cakap pasal kau tahun
lepas? Kau dah lupa kata-kata sinis dia tu? Kau jangan nak berangan Ika.’ Ika
telan liur. Ada seseorang telah mengingatkan dia. Dia meraup muka.
Mana mungkin dia lupa pada kata-kata itu. Tepat menikam
dan merobek hatinya. Pedih dan pilu sekali. Kumpulan bekas pelajar sekolahnya
sudah tidak menarik perhatiannya. Selangkah kakinya menapak ke belakang.
Minatnya mengendur. Badan dipaling ke belakang. Langkah diteruskan hingga ke
tempat duduknya.
Nafas ditarik lagi. Hatinya sedikit sebal. Dia sangat
mahu untuk mengetahui keputusan pelajar-pelajar tahun lepas tapi peristiwa itu
menyekat segala-galanya. Tawar hati.
Kelas sunyi sepi. Hanya tinggal dia, Amran yang memang
tak suka ambil tahu hal sekeliling dan Ummi yang memang sentiasa mencari
peluang baik untuk tidur. Yang lain semuanya turun ke bawah. Jeritan dan ketawa
dari bawah buat hatinya bagai ditarik-tarik tapi dia tak kuat hati untuk ke
sana.
Bagaimana kalau terserempak dengan lelaki itu? Dia tak
sanggup. Dia rela duduk diam-diam dalam kelas. Nanti tanya sahaja pada
Syarifah. Pasti penuh sudah poket minah kepoh itu dengan cerita-cerita hangat.
>>
Keadaan semakin reda. Hanya tinggal beberapa orang
pelajar lagi yang masih melepaskan rindu dan berkongsi kegembiraan. Bukan main
lebar lagi senyuman mereka. Pasti keputusan pun gempak. Wajah guru-guru dan yang
pasti pengetua juga lebih ceria daripada biasa. Senyum hingga ke telinga.
Maklumlah, keputusan SPM tahun ini menunjukkan peningkatan yang baik. Berbaloi
semua penat lelah mereka semua.
Tiga puluh orang pelajar mendapat semua A, melebihi
sepuluh orang daripada dua tahun lalu. Ika tumpang gembira. Kawan-kawannya juga
itu. Pasti tak lena tidur mereka malam ini sebab terlampau gembira.
“Ika, result
tahun ni gempak gila. Tiga puluh orang tau dapat straight A. Gilalah dia orang ni.” Kecoh mulut si Syarifah menyampaikan
berita. Teruja betul dia.
“Betul ke? Wah, hebatlah dia orang ni. Siapa yang dapat
tu?” Dia juga teruja.
“Aku tak ingatlah semua yang dapat tu tapi yang aku
ingat, Kak Mai, Kak Yam, Kak Esah, ermm…” Berhenti seketika. Cuba mengingat
lagi. Berkerut dahinya.
“Kak Nah, Aiman, Aidil, Husain…Ketot…” Tak cukup jari
dia membilang.
“Ketot pun?” Macam tak percaya. Nakalnya bukan main. Tak
padan dengan kecil.
“Ya, dia pun dapat jugak. Aku pun tak percaya tapi aku
sendiri tengok slip keputusan dia. Memang dia dapat semua A.” Bulat matanya
saat dia melihat keputusan kawannya yang seorang itu. Memang sukar nak percaya
tapi kena percaya juga. Memang nasib dia baik.
“Hah, kau tahu siapa best
student tahun ni?”
“Siapa?” Ini yang buat dia tak sabar nak tahu. Berita
yang paling dia nak tahu.
“Cuba kau teka.” Sengaja buat orang tertanya-tanya. Ika
kerut dahi. Manalah dia tahu
“Kak Aida?” Syarifah geleng kepala. Ika memang tak nak
sebut nama itu. Dia nak sebut nama lain. Nama lain yang sentiasa ada dalam
kepalanya. Tapi dia malu.
“Kak Chom?” Geleng lagi. Ish, tolonglah keluarkan nama
tu.
“Mukmin?” Syarifah juih bibir tanda salah lagi. Lama Ika
diam. Kuatkan hati nak sebut nama yang satu itu.
“Hilmi?” Perlahan sahaja. Dadanya bergetar. Hai, sebut
nama pun nak semput.
“Itulah, aku pun ingat dia tapi bukan. Kesian dia.
Dahlah tak datang tadi.”
Hah, bukan? Habis tu siapa lagi? Sepanjang tahun, lelaki
itu memang cemerlang. Asyik dapat anugerah. Siapa yang dapat rampas takhta itu?
“Habis tu siapa?” Soalan sudah berbalik semula kepada
Syarifah. Sudah jenuh nak meneka. Kalau yang itu pun bukan, dia tak tahulah
siapa lagi.
“Kak Yong.” Ceria dan teruja. Bulat mata Ika. Terbayang
wajah lembut milik Kak Yong. Orang yang sangat pendiam. Lembut sangat gadis
itu. Payah betul nak tengok dia marah. Kalau jumpa, mesti dijamu dengan
senyuman manisnya.
“Kak Yong?”
“Ya. Dia yang jadi best
student tahun ni. Tak percaya kan? Tapi memang layak pun dia dapat. Mesti
sebab berkat dia belajar.” Bersungguh Syarifah.
“Bertuah betul dia tu. Dahlah cantik, lemah lembut,
alim, ish, semualah.” Ika angguk. Setuju sangat. Tapi ada satu persoalan. Tadi,
Syarifah kata Hilmi tak datang. Kenapa pula tak datang? Sakit? Ish, takkan lah
kut.
“Tadi kau cakap, Hilmi tak datang ya?” Berlapik Ika
bertanya. Tak nak ada curiga.
“Ha’ah. Dia tak datang. Dengar ceritanya, dia sekarang
sedang buat persediaan nak ke luar negara. Tapi tak pasti pula kat mana. Aku
dengar macam tu saja. Tak minat pula nak tahu.” Ika diam. Tak apalah,
sekurang-kurangnya bukan sebab dia sakit. Dia akan doakan yang terbaik buat
lelaki itu walaupun hatinya masih berbekas luka lama.
“Eh, Ika. Jomlah turun makan. Aku dah lapar ni. Nanti
masa makan kita cerita lagi.” Syarifah usap perut. Cakap banyak, lapar pula
rasanya.
“Hmm…nanti kejap. Aku tukar baju dulu.” Ika bingkas
bangun. Dia masih tak puas hati sebenarnya. Nak sahaja dia tahu ke mana lelaki
itu akan menyambung pelajarannya. Manalah tahu kalau-kalau dia juga dapat pergi
ke tempat yang sama. Ish, gatal juga ya?
aik!!da ade yg angkat keningsssss???omygegellllzzzz...hahaha...(susah betol orang ade penyakit perahsantan ni kan??) jangan memalu..silalah angkat kening secara berjemaah!! kite tengok si lynn senget ni baik hati lagi ke tak?? errrrkkkkk....
ceh baik la hilmi 2 g jauh2 dri skitkan hati ika lagi
ReplyDelete